“Tak sempat tanya, saksi dah jawab dulu” – Bingung jawapan tak jelas, wartawan cuba tahan tawa dengan ‘moment’ lucu

Tugas seorang wartawan liputan haruslah cepat dan cekap dalam menyampaikan sebuah berita secara langsung kepada penonton di televisyen.
Malah pengisiannya mesti padat dan sesuai dengan keadaan di sekeliling.
Namun tak dinafikan, ada juga perkara-perkara yang di luar kawalan boleh berlaku ketika di lokasi kejadian persis kisah di bawah ini.
Buat laporan pokok tumbang… tak sempat tanya, saksi dah jawab dulu
Pada awalnya, Audi Mohd Nor nampak lancar saja memberikan laporan tentang kejadian pokok tumbang di sekitar kawasan Muzium Negara.
Pun begitu sebaik saja beralih kepada saksi, dapat dilihat pengawal keselamatan tersebut lantas memberikan keterangan sebelum wartawan terbabit sempat mengajukan soalan.
Bingung jawapan tak clear… nasib boleh cover gelak lagi
Mungkin kerana gugup yang melampau, jawapan diberikan itu seakan tidak jelas dan susah untuk difahami sampaikan saudara Audi pun turut bingung.
Dalam pada cuba menahan tawanya dengan moment lucu itu, wartawan tersebut masih lagi bersikap profesionalisme dan meneruskan sesi liputan itu seperti biasa. – VNU
@jackdie91 saksi kejadian mcm tak bagi keterangan 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣kelakar laa