Tak perlu buat kontroversi murahan, penghijrahan Mizz Nina yang wajar dicontohi

Tak perlu buat kontroversi murahan, penghijrahan Mizz Nina yang wajar dicontohi

Saya adore Mizz Nina dalam penghijrahannya. She turned 180 degree. Anak kpd salah seorang taikun Malaysia, kalau nak diikutkan segala macam jenis kontroversi dia boleh bikin.

Namun saya tidak pernah mendengar apapun khabar angin panas sewaktu penghijrahan beliau. Syabas Nina!

Sometimes its best to be more ‘expensive’ rather than being ‘cheap’

Nak hijrah itu sgt sgt dituntut namun usahlah kerana hijrah kita itu, membuka sejuta pintu fitnah. Kata berimamkan ustaz, takkan tak tahu hukumnya membuka ruang utk difitnah juga berdosa?

Nina berkahwin dgn Noh, bukan dikalangan ‘alim ulama’ yg 24 jam kata kata nya penuh dgn hadith dan al quran, namun Noh menjaga dan mendidik Nina menjadi seorang isteri yg jauh solehah nya. She has everything but she never missused it to the wrong path.

Dakwahnya menjadi ikutan. Dakwahnya ada kelas. Dakwahnya mengajak dan buat orang merasa terpanggil. Dakwahnya berkualiti walaupun hujahnya bukan disulami bahasa al quran dan hadith.

Tak perlu buat kontroversi murahan, cheap publicity and so on. Allahurobbi.

Buat kesekian kalinya, satu demi satu Allah buka keaiban hambaNya yang melampaui batas. Secara sengaja mahupun tidak,keaiban itu dibuka sendiri tanpa paksa.

Allah…
Kurniakanlah dia hidayah, bagaimana sewajarnya tindakan seorang yg berpengaruh dan menutup rapat auratnya. Bukan sebaliknya Kau membuka keaibannya di saat dia sendiri tanpa sedar membuka aibnya.

Kredit: Izzlara Mungawan via Oh My Media