“Tak cukup lagi ke selama ni tengok saya dikecam?” – Neelofa

“Tak cukup lagi ke selama ni tengok saya dikecam?” – Neelofa

 

Baru-baru ini, perkongsian selebriti terkenal dan usahawan popular Neelofa menjadi perhatian apabila menegur portal berita yang menulis tajuk dengan tujuan ‘menjemput’ orang ramai memakinya.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Neelofa turut memuat naik paparan berita tersebut serta komen yang ditinggalkannnya menerusi Instagram portal berkenaan.

Menurut Neelofa, boleh saja portal berkenaan menulis tajuk yang lebih baik seperti dilakukan Harian Metro dan Utusan kerana artikel tersebut juga cerita yang baik-baik sahaja.

“Jangan lah trigger untuk dikecam. Bila orang share benda baik, tapi tetap nak cari jugak jalan supaya dikeji dicaci dimaki. Metro & Utusan boleh buat tajuk baik-baik, sebab artikel pun ceritanya baik saja. Jadi kenapa yang lain tak boleh ikut sama?? tulisnya.

Sementara itu, Neelofa turut menulis kapsyen bertanyakan adakah masih belum cukup melihat dirinya dikecam selama ini.

“Dah dah la nak trigger orang untuk keji maki saya sekeluarga. Tak cukup lagi ke selama ni tengok saya dikecam?” katanya.

Inilah lumrah kehidupan seorang selebriti yang perlu menghadap dengan kecaman dan makian daripada netizen. Diharap Neelofa terus sabar dan tabah.