“Ustaz kata tak dosa” – Gara-gara susukan anak babi, Imran Bard terkilan dituduh murtad & liberal

“Ustaz kata tak dosa” – Gara-gara susukan anak babi, Imran Bard terkilan dituduh murtad & liberal

 

“Ustaz kata tak dosa” – Gara-gara susukan anak babi, Imran Bard terkilan dituduh murtad & liberal

Susulan menerima kecaman netizen kerana susukan anak khinzir, pempengaruh media sosial akhirnya tampil mempertahankan diri selepas dia dilabel sebagai murtad dan liberal.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin berkata dia terpaksa membuat video mempertahankan diri demi membersihkan namanya.

Katanya, warganet di Malaysia telah melampaui batas selepas menggelarnya dengan pelbagai nama walaupun hanya berkongsikan pengalaman yang unik itu.

“Saya rasa netizen kat Malaysia ni sedikit keterlaluan, melampaui batas. Saya pergi Khao Yai di Thailand, kat situ banyak ladang. Saya pergi la satu ladang ni, dalam tu ada kandang khinzir dan kambing.

“Saya panggil la haiwan tu, dan yang datang anak khinzir. Saya rasa anak khinzir tu comel, saya susukan anak khinzir tu sebab saya tak pernah nampak khinzir atau anak khinzir depan-depan.

“Tak pernah susukan  atau bagi makan anak khinzir, jadi saya rasa ini momen yang jarang berlaku dan unik, jadi aku tangkaplah gambar dan muat naik,” katanya.

Susulan tindakannya berkongsi pengalaman unik itu, ramai warga maya terutama individu berbangsa Melayu berang dengan hantaran tersebut.

Gambar dengan anak khinzir tu trigger ramai orang Melayu. Lepastu orang Melayu ni komen yang bukan-bukan.

“Ada yang komen ‘murtad?’. Ada yang komen, ‘Oh Imran Bard dah murtad, jadi biasalah dia susukan khinzir, dia pun macam khinzir.

“Ada lagi komen ‘geng liberal’ dan ‘Imran Bard liberal, jadi normallah. Lepastu ada yang komen saya membuka ruang fitnah,” ujarnya.

@imeringue2

♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven

Kecewa dengan komen-komen tersebut, Imran menjelaskan bahawa tiada fitnah dalam hantaran yang dia kongsikan baru-baru ini.

“Bila fikir balik, apa yang kau nak fitnah saya pula? Saya tak sentuh khinzir ke peluk khinzir tu, saya susukan khinzir tu. Saya tak sentuh, tak makan sebab benda tu haram.

“Nampak kat botol susu tu saya pegang hujung-hujung, apa yang kau nak fitnah? Lagipun binatang tu ciptaan Allah SWT.

“Sekalipun saya membuka ruang fitnah, itu tak bermaksud kau sebagai orang Muslim dibolehkan memfitnah. Takdenya kalau saya buka ruang fitnah, Allah SWT menghalalkan kau untuk memfitnah.

“Inilah pemikiran orang Melayu, fitnah boleh bagi susu khinzir tak boleh. Bagi makan anjing tak boleh, dua haiwan ni ciptaan Allah. Kau tersentuh masih boleh samak, kau fitnah tu, itu dah lain,” katanya.

Disebabkan terkesan dengan kecaman ramai, Imran telah mengambil keputusan untuk meminta pendapat dari seorang ustaz yang telah meletak tanda suka pada hantaran dia menyusukan anak khinzir itu.

“Saya down bila kena cakap macam tu, jadi saya tanya ustaz. Ustaz tu like gambar yang saya kongsi. Ustaz tu pun macam pelik dan cakap ‘ai dalam banyak2 dosa yang kau expose kat social media, susukan khinzir juga yang dorang pilih?

“Ustaz tu kata, taklah tak dosa sebab khinzir tu binatang cumanya tak boleh sentuh dan tak boleh makan. Kalau tersentuh, boleh samak,” jelasnya.

Susulan itu, Imran menitipkan pesan kepada orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya menghukum individu yang melakukan perkara pelik namun tidak berdosa.

“Apa yang saya buat ni tak dosa, tapi dosa bagi Melayu. Pada orang Melayu, khinzir tu tak sopan sebab tu dia kecam tapi dalam agama okay saja.

“Untuk orang Melayu, tolonglah, kalau orang tu buat benda yang di luar kotak pemikiran kau sekalipun, selagi tak berdosa tolonglah, jangan melulu. Fikir dulu.

“Masyarakat kita dah terbiasa nak kecam tanpa berasas. Macam normal dah memfitnah. Normal sangat fitnah tu sampai bagi makan khinzir dah pelik,” luahnya.

Sebelum ini, Imran telah memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram miliknya dan dua daripada foto tersebut memaparkan Imran sedang menyusukan seekor anak khinzir.