“Pantang kena mengurat sikit” – Wanita bongkar perangai suami ustaz munafik

“Pantang kena mengurat sikit” – Wanita bongkar perangai suami ustaz munafik

 

“Pantang kena mengurat sikit” – Wanita bongkar perangai suami ustaz munafik

Imej berkopiah atau berjubah tidak mencerminkan nilai dan keperibadian sebenar seseorang.

Hal itu diakui seorang wanita apabila dia tampil mendedahkan perihal suaminya sendiri yang digelar ustaz namun amalan dan kehidupannya tidak seperti ahli agama.

“Sayangnya suami saya tak suka dengar ceramah, sombong. Dia cakap tak suka ustaz yang bukan tahap tinggi. Padahal kalau ustaz yang aras tinggi pun, bukan suami saya pergi masjid.

“Dia suka belit-belit apabila bercakap. Dia suka perempuan… pantang kena mengurat sikit. Dia juga seorang yang sweet talker,” dakwanya menerusi media sosial.

Bercerita lanjut, wanita ini menggambarkan suaminya sebagai seorang yang hanya bertopengkan agama.

Malah sepanjang berumah tangga, wanita ini juga mendakwa suaminya banyak melakukan perbuatan yang menyakitkan hatinya sebagai seorang isteri.

“Nak pesan pada semua, suami yang pegang gelaran ustaz ni tak semua baik. Pakaian, percakapan nampak konon seorang yang baik… tapi jahat.

“Isteri makan hati. Kadang rasa nak cerai tapi entah la. Saya menunggu kalau dia buat hal lagi, ada masalah dan bukti. Saya nak failkan cerai,” luahnya.

Tambah wanita ini lagi, suaminya juga dikatakan pernah curang sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Namun dek kerana cinta, dia memilih untuk memaafkan dan meneruskan hubungan ke jenjang pelamin.

“Lepas kahwin tak sampai lima tahun ada lagi kes curang. Siap sumpah guna al-Quran.

“Tapi rasa sayangkan perkahwinan sebab siapa yang berkahwin semata-mata untuk bercerai. Tapi isu sekufu pun penting,” katanya.

Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang turut bersedih serta bersimpati dengan nasib tidak menyebelahi wanita ini.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang meminta agar wanita ini tidak menyalahkan sikap suaminya kerana gelaran ustaz semata-mata.

“Jangan tengok pada gelaran sebab sekarang ni bukan ustaz je buat hal. Jurutera, juruterbang, pemandu lori pun ada je buat hal.

“Sebut saja kesalahan dia tanpa gelaran dia. Gelaran atau kerja tu tak salah, yang salah tu dia. Lepas tu suami awak rasa dia level mana?

“Tahap maulana ke yang dia pandang rendah dekat ustaz-ustaz? Ikutlah resmi padi, makin berisi semakin menunduk,” komen seorang netizen.