“Kerap MC, suka duduk depan pokok limau” – Netizen terhibur lihat gelagat suami terkena alahan isteri mengandung

“Kerap MC, suka duduk depan pokok limau” – Netizen terhibur lihat gelagat suami terkena alahan isteri mengandung

Bila sebut tentang alahan ketika mengandung, biasanya ia merujuk kepada wanita yang sedang hamil.

Dalam tempoh ini, ramai ibu mengandung akan mengalami pelbagai jenis alahan, terutamanya di awal kehamilan.

Ada yang muntah-muntah, tidak boleh menghidu sesetengah bau atau menolak makanan tertentu.

Dalam tempoh sembilan bulan itu, peranan suami sangat penting untuk menjaga dan melayani isteri mereka yang sedang melalui fasa yang mencabar.

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang pengguna TikTok, @shah_nazri_87, yang berkongsi kisah unik apabila ‘bawaan’ kehamilan isterinya turut memberi kesan kepada dirinya.

Dalam beberapa klip video yang dikongsikan, Shah menceritakan bagaimana dia sering mengalami rasa loya dan pening kepala, sama seperti isterinya yang sedang hamil.

Shah sering dilihat dalam videonya menggunakan koyok yang ditampal pada bahagian kiri dan kanan kepala untuk meredakan rasa loya.

Lebih menarik, Shah juga mempunyai rutin pelik yang lucu.

@shah_nazri_87

Replying to @helin_860 lelaki kalau alahan lain macam #alahanpanjang #alahan #mengandung #kawanbudokpekan #fyp

♬ Mustika_Saleem – Abg Jiwang_Official

Setiap kali pulang dari kerja, dia akan pergi ke pohon limau di hadapan rumahnya semata-mata untuk menghirup bau daun pokok tersebut.

Kelakuannya juga tak ubah seperti sedang melepak kerana siap duduk di atas kerusi berhadapan dengan pohon itu.

Yang paling mencuit hati, Shah mendedahkan bahawa apabila alahan ‘menyerang’, isterinya pula yang terpaksa menunggang motosikal, manakala dia membonceng di belakang.

Keadaan yang dialami Shah turut menarik perhatian netizen yang terhibur melihat gelagatnya.

Bahkan, ramai golongan ibu yang turut berkongsikan pengalaman mereka sewaktu mengandung.

“Yang pernah rasa sahaja akan faham bagaimana rasanya bila lelaki alahan mengandung. Bagi aku itu antara momen terindah dalam hidup aku, di situla kita akan lebih menghargai pengorbanan isteri,”

“Kenangan manis banng. Abang insan terpilih, tak semua dapat merasa perit seorang ibu bawa perut dengan alahan lagi. Saya doakan anak yang dikandungan isteri abang menjadi anak Soleh dan Solehah amin,”

“Suami saya pun alahan teruk, macam nak meninggal dah aku tengok. Aku yang mengandung, dia yang over sakitnya.