Ibu bapa guna kaedah ‘sleep training’, bayi 4 bulan meninggal dunia selepas 2 jam menangis

Ibu bapa guna kaedah ‘sleep training’, bayi 4 bulan meninggal dunia selepas 2 jam menangis

 

Ibu bapa guna kaedah ‘sleep training’, bayi 4 bulan meninggal dunia selepas 2 jam menangis

Setiap ibu bapa pasti memiliki cara tersendiri dalam membesarkan anak-anak.

Namun kali ini, sepasang suami isteri kehilangan bayi mereka selepas menggunakan kaedah ‘sleep training’.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Thread Facebook, bayi berusia empat bulan ini difahamkan menangis selama dua jam semasa berada di katilnya sendiri.

Walau bagaimanapun, ibu kepada bayi tersebut memberitahu dia hanya memantau melalui rakaman kamera litar bertutup (CCTV).

Bayi empat bulan dibiarkan menangis selama dua jam.

Ibu hanya memantau dari cctv dan membiarkan anaknya menangis.

Berkongsi lebih lanjut, setelah tidak lagi kedengaran tangisan bayi tersebut, si ibu pergi memeriksa dan menyangka bayinya sedang tidur.

Malang tidak berbau, bayi tersebut meninggal dunia setelah dibiarkan menangis tanpa henti.

Ibunya ingat sudah tidur sebab bayi itu tidak lagi menangis.

Bila diperiksa, rupanya sudah tidak bernyawa.