“Bodoh kedekut betul bagi seringgit je” – Individu terkejut dihina pengemis
“Bodoh kedekut betul bagi seringgit je” – Individu terkejut dihina pengemis
Tidak akan berkurang rezeki seseorang itu dengan bersedekah.
Namun sumbangan berkenaan sewajarnya diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan supaya ia dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita terkejut dengan reaksi seorang peminta sedekah di jalanan apabila dia menghulurkan derma seikhlas hati.
Menurut wanita itu, kejadian terbabit menyebabkan dia berasa berat hati untuk bersedekah lagi kerana beranggapan ia langsung tidak dihargai.
“Kejadian ini mengubah perspektif aku tentang bersedekah. Semalam aku ada bagi RM1 dekat seorang pengemis ni, dia duduk di kawasan kaki lima bangunan sekitar Temerloh, Pahang. Katanya dia merupakan mualaf.
“Waktu aku lalu depan dia, aku nampak bekas yang dia tadah tu masih kosong lagi. Apabila lihat macam tu, timbul rasa kesian dalam hati, jadi aku masukkan seringgit untuk bantu saudara baharu kita ni. Kemudian aku sambung jalan.
“Selepas beberapa meter melangkah, tiba-tiba terdetik rasa nak toleh ke belakang, berkecai hati apabila aku terdengar dia (pengemis) cakap begini… bodoh kedekut betul bagi seringgit je.
“Dia pegang duit RM1 aku bagi tu dan seterusnya campak semula ke dalam bekas. Terkeluar air mata aku ni, pemberian seringgit aku tak dihargai, terus rasa tak ikhlas, menyesal dan segan nak bersedekah lagi,” ujarnya kecewa.
Melewati ke ruangan komen, warga maya memberikan semangat kepada wanita itu supaya terus bermurah hati dan tidak pukul rata setiap insan berdasarkan satu pengalaman buruk.
“Tak mengapa sis, tak kisah la orang tu nak hargai ke tak, yang penting niat awak dah baik. Awak pasti akan dapat bahagian pahala tu. Orang tu sepatutnya bersyukur sebab masih ada yang ikhlas nak memberi.
“Kejadian sebegini dah banyak kali menimpa saya, sebab tu kalau jumpa pengemis di mana-mana tempat sekalipun, saya akan buat keras tak tahu je. Tak kisah la mereka meraih simpati dengan kisah paling tragis ke, saya tak nak bazirkan duit ni.
“Lebih baik saya salurkan duit ni ke masjid supaya dapat diagihkan kepada lapisan masyarakat yang betul memerlukan,” ujar pelayar.