Sebelum rentas negeri, ini cara nak ‘check’ dulu lebuh raya sesak atau tidak

Sebelum rentas negeri, ini cara nak ‘check’ dulu lebuh raya sesak atau tidak

 

Seperti yang kita tahu, rata-rata orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman dan ada juga yang bercuti ke Melaka, Pulau Pinang dan sebagainya untuk melepaskan geram setelah lama ‘dikurung.’ Justeru itu, lebuh raya sudah pastinya akan sesak dipenuhi dengan kenderaan.

Apa kata, sebelum anda memulakan perjalanan merentas negeri, semak dahulu lebuh raya berkenaan jammed atau pun tidak. Barulah jimat masa serta tenaga dan tak perlu berjam-jam di atas jalan raya. Mudah sahaja nak semak, mari lihat perkongsian pengguna Twitter bernama Afnan ini, lapor SirapLimau.

SEBELUM RENTAS NEGERI, INI CARA ‘CHECK’ DULU LEBUH RAYA SESAK ATAU TAK

rentas negeri

Kalau korang plan nak rentas negeri, selain dari Apps Waze, korang boleh jugak check kesesakan highway melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia. Korang akan dapat Live Picture berapa banyak kereta sedang lalu dkt highway tersebut. Memang berfungsi untuk plan perjalanan.

Korang search je lembaga lebuhraya Malaysia.

Then , pilih lebuhraya mana yang korang nak tengok. Nanti akan appear Live view dari setiap camera yang ada dekat highway tu. Semoga perjalanan kita semua berjalan dengan lancar.

Ok itu sahaja! Rancang perjalanan anda dulu sebelum merentas negeri. Baru senang hati atas jalan raya tak banyak kereta. Hati-Hati di jalan. SOP jangan lupa.

COMMENTS