“Sayang kita pada Founder Mamasab tidak boleh melebihi sayang kita pada Agama” – PU Rahmat

“Sayang kita pada Founder Mamasab tidak boleh melebihi sayang kita pada Agama” – PU Rahmat

 

Saudari downline Mamasab.

Saya memahami Mamasab telah banyak merubah hidup dan ekonomi ibu tunggal serta suri rumah tangga.

Saya ada kawan yang menjadi Agent Mamasab dan sangat bersyukur pada Allah kerana ditemukan Periuk Rezeki Mamasab.

Sayang kita pada Founder Mamasab tidak boleh melebihi sayang kita pada Agama.

Ucapan Mamasab ada kesalahan dalam akidah, Mana mungkin Allah itu Makhluk Halus.

Allah Yang Maha Pencipta , apabila kita sebut Allah Makhluk Halus bererti kita setarakan Allah dengan Jin,bunian dan makhluk lain.

La ila ha illallah , Tiada Tuhan selain Allah

SubhanaAllah , Maha suci Allah disamakan dengan Mahkluk.

Keluarga Besar Mamasab jangan defensif, Jika sayang Mamasab jangan pertahankan perkara salah.

Kalau salah, bertaubat dan mengucap kembali.

Ini isu Akidah, Akidah harga mati. Tak boleh negosiasi walaupun ibu kandung kita sendiri. Apatah lagi hanya Ibu perniagaan.

Saya sangka baik Mamasab hanya tersalah ucapan maka hanya perlu Mamasab bertaubat dan keluarkan kenyataan mengaku kekhilafan.

Saya terkejut melihat komen-komen Ejen Mamasab yang memarahi dan mengejek Ustaz-ustaz yang membetulkan kesalahan Mamasab.

Sepatutnya kita ucap terima kasih dan berubah.

Saya percaya Founder Mamasab seorang yang beriman dengan Allah dan sedia menyatakan kesalahan.

Semoga Akidah kita Benar dan Semoga rezeki kita melimpah ruah

Istighfarlah , Astagfirullahal adzim.

Ya Allah , bersaksilah bahawa telah aku sampaikan,

———————————————

Update : Alhamdulillah , lambat sampai berita kepada saya. Mamasab sudah buat kenyataan Khilaf.

Tahniah Mamasab berjiwa besar.

Semoga Boleh anjurkan kelas akidah kepada Ejen Mamasab.

Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan