Salahuddin Ayub kembali ke rahmatullah

Salahuddin Ayub kembali ke rahmatullah

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub meninggal dunia.

Anak kepada allahyarham timbalan presiden Amanah itu, Fatihah Salahuddin memaklumkan pemergian bapanya pada hantaran di media sosial.

“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” katanya.

Timbalan presiden Amanah itu telah dikejarkan ke hospital di Alor Setar pada Jumaat dan doktor mengesan dia mengalami pendarahan otak.

Allahyarham telah menjalani pembedahan kecemasan dan sejak itu diletakkan bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Salahuddin meninggalkan seorang isteri dan enam cahayamata.