“Saya minta maaf, hadiah ulang tahun perkahwinan kita” – Saharul Ridzwan terpaksa jual kereta milik isteri

“Saya minta maaf, hadiah ulang tahun perkahwinan kita” – Saharul Ridzwan terpaksa jual kereta milik isteri
Pelakon, Saharul Ridzwan memohon maaf kepada isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir kerana terpaksa menjual kereta jenis Honda Jazz miliknya.
Menerusi hantaran di Instagram, Saharul, 36, bagaimanapun tidak mendedahkan sebab terperinci mengapa menjual kenderaan tersebut yang merupakan hadiah kepada isteri bersempena ulang tahun perkahwinan keempat mereka pada 2020.
Sayang, saya minta maaf, hadiah ulang tahun perkahwinan kita yang saya belikan pada tahun 2020 terpaksa dijual. Ada rezeki insya-Allah, nanti saya belikan hadiah lain.
Dalam pada itu, Shahrul memberitahu, kereta berwarna putih tersebut telah dibeli oleh seorang individu berasal dari Kelantan.
Alhamdulillah, sold out. Orang Kelantan beli. Sekarang proses untuk menukar nama pemilik kereta. Semoga Allah permudahkan.
Pada 1 September 2o20, Saharul membuat kejutan kepada isterinya dengan menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda Jazz sempena ulang tahun perkahwinan keempat mereka.
Sebelum ini, aktor itu juga bertindak menjual beberapa aset miliknya seperti kereta Mercedes Benz dan kondomium yang terletak di Cyberjaya pada tahun lalu.
Untuk rekod, Saharul mendirikan rumah tangga dengan Deena pada 16 September 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahra, 5 dan Khadijah Alkubra, 2.