Netizen India kurang senang lepas roti canai Malaysia dinobat roti terbaik di dunia

Netizen India kurang senang lepas roti canai Malaysia dinobat roti terbaik di dunia

 

Netizen India kurang senang lepas roti canai Malaysia dinobat roti terbaik di dunia

Roti canai tersenarai sebagai roti terbaik di dunia menandingi roti garlic naan dari India

Menerusi sebuah hantaran di X oleh @stats_feed, roti canai dari Malaysia tersenarai sebagai roti terbaik di dunia sekali gus menandingi roti garlic naan dari India yang berada di kedudukan kedua, diikuti pan de bono dari Colombia di tempat ketiga.

Seorang netizen dari India telah memberi respon mengatakan roti canai sama sahaja seperti Aloo Paratha dari India

Bagaimanapun. dalam hantaran tersebut, terdapat satu komen dipercayai dari seorang rakyat negara India mengatakan roti canai adalah versi Aloo Paratha dari negara itu.

“Roti canai itu hanyalah paratha iaitu Aloo Paratha versi Malaysia, ya kami warga India setuju, Aloo paratha memang sedap,” tulisnya.

Image from @stats_feed (X)

Seorang netizen dari Malaysia membalas kenyataannya dengan membidas mengatakan roti canai mempunyai identitinya tersendiri

“Oh, habistu, semua roti flatbread dekat dunia ni roti parathalah? Lepasni, kau nak cakap piza tu Naan dengan topping ke?

“Roti canai ada identiti Malaysia-nya yang tersendiri dan kami sukakannya seadanya,” tulisnya.

Image from @stats_feed (X)

Dalam pada itu terdapat satu lagi balasan dari seorang lagi netizen warga India mengatakan roti canai sememangnya berasal dari negara tersebut dan dibawa ke Malaysia

Image from X

Kenyataannya itu menimbulkan banyak respon dari netizen Malaysia yang mempertahankan roti canai sememangnya berasal dari Malaysia.

Menurut salah seorang daripada netizen, dia memberitahu bahawa roti canai merupakan makanan ciptaan warga Malaysia yang berbangsa India.

Image from X

Image from X

Macam manapun kita kena tetap berbangga sebab makanan lokal kita diiktiraf sebagai antara makanan yang terbaik di dunia!