Ringgit dijangka cecah RM3.80 hujung tahun ini, angka ketika ditambat Mahathir pada 1998

Ringgit dijangka cecah RM3.80 hujung tahun ini, angka ketika ditambat Mahathir pada 1998

 

Pelbagai pihak mendoakan agar Ringgit terus mengukuh sehingga mencecah RM3.80 untuk satu USD menjelang hujung tahun ini.

Angka RM3.80 adalah penting kerana pada tahun 1998 lalu angka itulah yang digunakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengikat nilai Ringgit berbandimg Dollar Amerika.

Sekarang ini, 23 September 2024, Ringgit telah memecah angka 4.20 apabila diniagakan dengan kadar RM4.19 berbanding satu Dollar Amerika.

Ia adalah nilai terbaik sejak April 2022 lalu.

Bagi mengelakkan nilai Ringgit terus jatuh, kerajaan Malaysia pada waktu itu (1998) telah menambat nilai Ringgit kepada RM3.80 berbanding satu Dollar Amerika selepas ia jatuh merudum dari RM2.20 pada 1981 kepada RM4.86.

Menurut Harapandaily, Mahathir menyalahkan penyangak jutawan George Soros atas kejatuhan itu dengan memberikan gelaran penyangak mata wang kepada beliau.

Pada awal Ogos,Pengarah Urusan Capital Dynamics Sdn Bhd, Tan Teng Boo, berkata Ringgit boleh mencecah paras RM3.80 berbanding satu Dollar Amerika seandainya ekonomi China tidak terkesan dan berkembang seperti biasa.

Ia boleh berlaku jika Amerika Syarikat mengalami kemelesetan menyebabkan negara maju itu terpaksa menurunkan kadar faedah dengan banyak, kata pakar ekonomi itu.

Pada awal Awal Ogos lalu, beliau bagaimanapun hanya menjangkakan ringgit untuk mengukuh di antara RM4.40 hingga RM4.50 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini.

Sedangkan situasi sekarang, Ringgit sudah mencecah RM4.19 berbanding satu Dollar Amerika.

Sementara itu, Ringgit juga meningkat berbanding mata wang utama dunia menjadikan prestasinya sebagai matawang terbaik Asia.

Sejak Disember 2013, Ringgit naik 11 sen berbanding Dollar Singapura, naik 19 sen berbanding Euro dan 23 sen berbanding 100 Yen Jepun.