“Senyum pun tidak..” – Bapa pura-pura tak nampak jiran tolong hantar anaknya ke sekolah

“Senyum pun tidak..” – Bapa pura-pura tak nampak jiran tolong hantar anaknya ke sekolah

 

“Senyum pun tidak..” – Bapa pura-pura tak nampak jiran tolong hantar anaknya ke sekolah

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Pepatah ini menggambarkan betapa indahnya budaya dan adab Melayu yang menuntut seseorang itu menzahirkan penghargaan selepas menerima pemberian atau bantuan daripada orang lain.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini ramai yang seakan-akan lupa tentang amalan mulia ini.

Seperti mana pengalaman lelaki ini, dia mendapati kebaikan yang dibuat isterinya terhadap jiran hanya dipandang sepi tanpa sebarang ucapan terima kasih.

Meluahkan rasa yang terbuku, lelaki ini berkata, dia terkilan apabila jirannya hanya ‘membatu’ selepas melihat isterinya membantu menghantarkan anak ke sekolah.

“Isteri aku tumpangkan anak jiran pergi sekolah, ada tuisyen pagi ni… bapa budak tu depan mata je, tapi buat-buat tak nampak anak dia masuk kereta.

At least senyum atau lambai tangan tanda ucap terima kasih pun dah buat orang lain rasa dihargai.

“Kesian pula isteri aku nak tolong orang, tapi orang tu pula macam tak ada common sense,” luahnya kecewa.

Meskipun terkilan dengan sikap yang ditonjolkan, namun dia bersyukur kerana isteri jirannya hadir untuk mengucapkan terima kasih.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dengan segelintirnya beranggapan jiran tersebut mungkin berasa segan dan bimbang untuk memberikan senyuman mahupun ucapan terima kasih atas bantuan isterinya.

Namun lelaki ini seolah-olah tidak menerima pandangan tersebut dengan menyatakan ucapan terima kasih boleh dilakukan pada masa itu.

“Bukan senyum menggatal, common sense sikit. Bagi reaksi sesuatu untuk ucapkan terima kasih sebab ada orang tolong selesaikan kerja dia,” bidasnya pada komen netizen berkenaan.

Warga maya turut memberikan reaksi negatif terhadap sikap jirannya itu,

Dalam pada itu, rata-rata warga maya menasihatinya supaya tidak lagi menghulurkan bantuan kepada jiran terbabit yang disifatkan sebagai tidak beradab dan egois.

“Tak payah tolong dah. Orang tak ada adab ni elok biar dia buat sendiri… berat mulut.

“Memang wujud je orang macam ni, bukan tak pandai tapi ego. Tak apalah yang penting niat kita nak mudahkan orang dan selebihnya serah pada Allah.

“Ada juga mak dengan ayah jenis nak hantar anak-anak dengan motor walaupun kereta ada. Lepas tu kalau hujan atau tak dapat ambil anak, diaorang akan minta tumpang… hari-hari nak tumpang balik dari sekolah jadi terpaksa bagitahu takut nak tumpangkan sebab bimbang berlaku kemalangan, nanti disalahkan kita pula.

“Berhenti tolong, biar ayah dia yang hantar… aku kalau dah tak boleh ikhlas, memang tak akan tolong,” demikian antara reaksi warga maya.