Produksi Proton X50 di kilang Tanjung Malim sambung semula setelah terjejas banjir

Produksi Proton X50 di kilang Tanjung Malim sambung semula setelah terjejas banjir

 

Proton Holdings Berhad nampaknya memulakan tahun 2022 dengan semangat yang tinggi kerana produksi Proton X50 di kilang Tanjung Malim dapat berjalan seperti biasa setelah keluarannya terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Sudah pulih, produksi Proton X50 di kilang Tanjung Malim sambung semula setelah terjejas banjir 02

Namun apa yang dimaksudkan adalah pembekalnya yang mana ia terkesan oleh trajedi tersebut. Akibat kekangan banjir, produksi Proton X50 telah dihentikan buat sementara waktu.

Sudah pulih, produksi Proton X50 di kilang Tanjung Malim sambung semula setelah terjejas banjir 01

Menariknya, Proton tidak mementingkan diri dan terus menolong para pembekal dan pekerjanya yang terkesan oleh bencana alam tersebut.

Sudah pulih, produksi Proton X50 di kilang Tanjung Malim sambung semula setelah terjejas banjir 02

Sukarelawan yang terdiri daripada pekerja Proton sendiri telah membantu membersihkan fasiliti pembekalnya dan rumah pekerja yang mengalami kerosakan juga termasuk dalam senarai bantuan mereka.

Syukurnya tidak sampai 2 minggu, produksi Proton X50 dapat berjalan seperti sedia kala. Secara tidak langsung, stok akan kembali ada untuk memenuhi permintaan pelanggan dan momentum ini diharapkan dapat memacu lebih kejayaan untuk tahun 2022.