Prince Syed minta netizen berhenti kecam Che Ta

Prince Syed minta netizen berhenti kecam Che Ta

 

Prince Syed minta netizen berhenti kecam Che Ta

Pempengaruh yang juga sahabat Rozita Che Wan, Prince Syed Shahid, menyeru masyarakat berhenti mengecam Rozita atau Che Ta di media sosial.

Ini berikutan isu hutang hampir RM1 juta membabitkan pelakon itu dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sehingga kediamannya di Kota Damansara diserbu.

“Satu saja nak cakap. Janganlah kita tertawa atau nak jatuhkan, ataupun ‘condemn’ (hentam) orang.

“Kita semua tak tahu apa-apa dan kita semua manusia hidup macam roda. Kalau satu hari Allah duga kita atas sesuatu perkara, bukan mudah kita nak tempuh.

“Janganlah kita tertawa dan persenda musibah atau dugaan yang orang lain tengah hadapi. Kita semua tak berada dalam kasut mereka dan kita semua tak tahu apa situasi yang terjadi.

“Yang kami kenal Che Ta, dia bukan orang yang suka berhutang dan kami ini pernah dapat hadiah macam-macam dan hadiah duit tunai pun kami dapat dari Che Ta dan bukan sikit.
“Jadi, dari situ, kita tahu Che Ta bukan orang yang suka main-main bab duit atau apa. Orangnya jujur dan jumpa depan-depan banyak kali pun sangat merendah diri,” tulisnya di media sosial.

Tambah Syed, Che Ta adalah sumber inspirasinya dan insan yang patut dicontohi memandangkan dia membayar cukai dan zakat mencecah puluhan ribu ringgit.

“Walaupun dia terkenal dengan pakaian ‘letop’, tapi tak pernah ada rasa bangga diri. Kami baca komen-komen kamu semua, kami yang pedih. Cukuplah, Che Ta tahu apa nak dibuat.

“Kami kenal Che Ta dan cukai dia sahaja bukan murah, hampir RM50,000 sebulan, tahu. Itu cukai dia seorang sahaja tahu yang dia kena bayar. Kita ini, kalau jadi Che Ta, apa kita rasa?

“Itu belum zakat yang dia bayar dan macam-macam dia bayar. Dia bukan orang yang lari dari tanggungjawab dia.

“Che Ta adalah insan contoh yang saya ikuti dari zaman saya kecil, di sekolah, sehingga doa satu hari nak sangat jumpa. Tak sangka, idola nombor satu yang saya kagumi akhirnya dapat jumpa dan kenal dan selalu jumpa. SubhanaAllah.

“Apapun, Che Ta tetap sumber inspirasi untuk saya nak berjaya macam dia. Kita semua ambil benda positif dari insan lain, bukannya kita tepuk tangan kejatuhan orang,” tulisnya.