Polis saman polis

Polis saman polis

Sebelum ini setiap hari orang Malaysia ‘up-to-date’ angka kes COVID-19, tapi kini kita juga ‘up-to-date’ dengan jumlah sekatan jalan raya (SJR) dan kompaun yang dikeluarkan sejak penguatkuasaan undang-undang semakin ketat baru-baru ini.

Perkara ini memberikan pelbagai reaksi kepada orang ramai lebih-lebih lagi pemeriksaan di SJR telah menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa ‘beratur’ di dalam kenderaan sementara tunggu melepasi pemeriksaan pengguatkuasa.

Terbaru, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah telah melakukan pemeriksaan mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada pagi tadi.

Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan. Semasa pemeriksaan dilakukan, beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam PDRM Kontingen Kedah telah disaman kerana menggunakan nombor plat ‘fancy’.

Rata-rata pengguna Facebook memberikan pujian kerana tidak ‘pilih kasih’ dengan mendenda sesiapa sahaja yang melanggar peraturan undang-undang.

 

vocket-polis-saman-polis-6

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK POLIS KEDAH

vocket-polis-saman-polis-5

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK POLIS KEDAH

vocket-polis-saman-polis-4

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK POLIS KEDAH

Syabas diucapkan kepada anggota bertugas kerana tidak ‘pilih kasih’ dalam melaksanakan tanggungjawab. Semoga ‘pemeriksaan mengejut’ ini dapat jadi tauladan kepada orang ramai tanpa kira status dan darjat untuk sentiasa mematuhi undang-undang. – TV