Petugas pejabat agama dedah Bunga Citra Lestari bakal nikah 2 Disember depan di Bali?

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari kan. Mesra dikenali sebagai BCL, Bunga dikkhabarkan akan berkahwin dengan lelaki pilihannya, Tiko Aryawardhana pada bulan hadapan di Bali.
Memetik laporan Liputan6, pelantun lagu Wanita Terbahagia itu dikatakan telah membuat persiapan untuk pernikahannya dan mempersiapkan dokumen yang diperlukan termasuklah kad keluarga dan surat kematian allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

Khabar itu telah dikongsikan oleh kakitangan jabatan pendaftaran KUA (Kantor Urusan Agama) Jakarta, Indonesia.
Difahamkan, Tiko juga merupakan seorang duda.
Namun, tarikh pernihakan mereka tidak diketahui tapi dalam masa yang sama, ada ura-ura mengatakan mereka akan disatukan di Bali tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan semua, suami BCL, Ashraf Sinclair yang juga pelakon filem popular Gol & Gincu, telah meninggal dunia pada Februari 2020 akibat serangan jantung.