Pernah difitnah, akhirnya Ina Naim dedah kisah sebenar di sebalik isu minta sedekah & rumah tiada mesin basuh

Peninggalan Allahyarham bekas ahli kumpulan nasyid, In-Team, Mohd Suhaimi Mohd Saad banyak meninggalkan kesan di hati peminatnya yang sentiasa mengikuti perkembangan Allahyarham dan pasangannya Ina Naim dalam sesi live di TikTok.
Walaupun sebelum ini, beliau seringkali dikecam gara-gara mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan fakta, namun beliau semakin didekati apabila banyak mengajar pengikutnya di TikTok mengenai agama dan kehidupan.
Sebelum ini juga, ramai yang mengecam tindakan Suhaimi yang didakwa seperti mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga gara-gara kenyataan beliau yang menyatakan di rumahnya tiada mesin basuh. Ketika itu juga ramai yang bersimpati dengan nasib Ina Naim.
Namun, kisah disebalik mesin basuh itu dikongsikan oleh Ina Naim kepada seorang wanita.
“”Rumah Ina sebenarnya bukan tiada mesin basuh. Ada, tapi Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat. Ye lah budak-budak kena buat kerja.
“Ina tegur jiran tanya kenapa, jiran jawab spin mesin basuh rosak. Ina masuk dah bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran tu rosak. Lalu arwah suruh anaknya berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut,” kongsinya.
Bukan hanya kisah mesin basuh dikongsikan, namun pelbagai kisah sikap arwah yang menjadi sebutan sehingga kini.
Pernah difitnah
Mereka sekeluarga pernah difitnah jadi peminta sedekah dengan berpurdah namun tanggapan itu salah sekali. Sebaliknya Ina kata, memang benar dia keluar minta sedekah tapi bukan untuk dia dan keluarganya.
“Kutipan derma itu mereka hantar pada mualaf di Sabah. Mualaf di sana ramai yang kembali murtad disebabkan mereka sangat susah di sana. Hanya bawa ribu-ribu ringgit sedangkan orang Kristian datang bawa jutaan ringgit. Sebab itu ramai yang kembali murtad.
“Mereka terkapai-kapai tidak tahu ajaran Islam yang sebenar. Yang mereka tahu tidak boleh makan babi dan anjing. Tapi ular, kera dan lain-lain diorang makan. Mandi wajib pun tak tahu. Arwah cakap ini semua Allah akan tanya kita nanti, apa kita nak jawab,” katanya.
Rahsiakan penyakit
Dalam perkongsian tersebut, Ina Naim menjelaskan, Suhaimi tidak turut serta dalam beberapa sesi live semasa sakit kerana dia tidak mahu sesiapa sahaja yang tahu dia sedang sakit. Suhaimi dikatakan tidak mahu sesiapa sahaja kasihan dia.
“SS (Suhaimi Saad) stop live sebab dia tak nak orang perasan dia sakit sebab makin kurus, tak nak orang kesiankan dia. Dia minta Ina buat live sendiri sambil share ilmu dia tolong dari tepi baring di tilam. Bila orang tanya SS mana? Dia lambai je tanpa tunjuk muka dan buat suara besar macam orang sihat,” katanya.
Sumber – Ryhan Musa