Penjaja lampu isyarat masih berdegil, JPJ Perak tidak akan duduk diam

Penjaja lampu isyarat masih berdegil, JPJ Perak tidak akan duduk diam

 

Teguran sudah diberi, amaran terakhir juga sudah diberi tapi mereka masih berdegil dan lakukan perkara sama. Itulah yang kita dapat lihat apabila masih ada peniaga yang masih berdegil untuk berniaga di lampu isyarat.

Situasi ini bahkan berlaku di seluruh negara dan ianya tidak sepatutnya berlaku kerana membahayakan pengguna jalan raya.

Memandangkan aktiviti ini terus dan terus berlaku, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dikatakan ada cara bagi memastikan situasi ini tidak berulang.

Memetik kenyataan pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan, pihaknya akan mengambil tindakan yang sepatutnya. Tujuan utama tindakan tegas ini diambil bukanlan bertujuan untuk menyekat rezeki peniaga tetapi ia menyalahi peraturan dan mengundang bahaya.

Berniaga di tempat berbahaya terutama di rezab jalan boleh mengundang kecelakaan dan nahas. Selama ini hanya tindakan advokasi diambil, namun kita akan laksanakan penguatkuasaan dalam waktu yang terdekat ini.

Ini tindakan yang akan dikenakan kepada peniaga yang masih berdegil

JPJ Perak selepas ini akan mengenakan denda sebanyak RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan jika didapati bersalah. Setakat ini, sebanyak 215 penjaja lampu isyarat telah disaman pihak penguasa sepanjang Januari bagi membari pengajaran kepada mereka.