Pengikut di TikTok tinggal 863K, Syamimia tampil lagi mohon maaf, mengaku salah kerana tidak prihatin dengan isu Pale.stin

Pengikut di TikTok tinggal 863K, Syamimia tampil lagi mohon maaf, mengaku salah kerana tidak prihatin dengan isu Pale.stin

 

Sejak diboikot netizen, jumlah pengikut pempengaruh Syamimia yang sebelum ini mempunyai 1.1 juta menjunam ke 862.900 pengikut (ketika artikel ini ditulis).

Perkara itu berlaku kerana netizen tidak berpuas hati pempengaruh berkenaan tidak menyebarkan kesedaran melalui akaun TikToknya mengenai isu Palestin.

Syamimia pernah memberi penjelasan mengenai isu tersebut. Namun penjelasannya tidak diterima baik oleh netizen yang kemudian meneruskan kempen ‘memboikotnya’.

Hari ini, Syamimia sekali lagi tampil memohon maaf kepada orang ramai dan mengambil iktibar serta pengajaran daripada isu tersebut.

“Dengan rendah hati, saya Syamimia ingin sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini.

“Isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih pekapada isu semasa dan ini merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya.

“Saya bersama Palestin dan patung tersebut telah dilupuskan,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagramnya pagi ini.

Dalam kenyataan itu, Syamimia mengakui kesilapannya kerana tidak prihatin dengan isu tersebut. Namun dia juga seperti manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“Saya ikhlas memohon maaf (jika) membuat anda berkecil hati dengan tindakan saya. Tiada niat untuk melukai sesiapa,” katanya.