Pemilik restoran Cina Muslim kena ‘sembur’, diminta mengucap gara-gara gantung hiasan tanglung

Pemilik restoran Cina Muslim kena ‘sembur’, diminta mengucap gara-gara gantung hiasan tanglung

 

Bila sebut tanglung, ia cukup sinonim dengan budaya bangsa cina yang mana jadikannya sebagai dekorasi di dalam sesebuah majlis atau premis untuk menarik tetamu ke lokasi.

Walaupun ia hanya sekadar lampu, masih wujud segelintir individu yang mengganggap tanglung sebagai ritual agama pula.

Hal ini kerana seorang pemilik restoran muslim yang dikenali sebagai Wa Nita Ni meluahkan kekecewaan menghadapi seorang pelanggan yang menuduhnya menawarkan makanan yang tidak halal dek kerana menggantung tanglung di kedainya.

Pelanggan itu dengan selamba memarahi pemilik restoran itu lalu mempersoalkan agama yang dianuti kerana khuatir menerima makanan dari sumber yang haram.

“Ini kedai melayu ke cina? Islam ke? Siapa owner?? Habis tu yang ada tanglung ni?,” soalnya.

Dia menegaskan sebab menyoal perkara itu kerana risau akan juadah yang ditawarkan tidak halal dan mungkin datang dari sumber yang haram.

Pemilik restoran cina muslim itu langsung memberi respons yang kedai itu dimilik oleh orang yang beragama Islam dan lampu tanglung dipilih sebagai dekorasi berikutan kedai berkonsepkan budaya cina.

Tidak cukup mempersoalkan identiti pemilik restoran berkenaan, pelanggan itu turut meminta wanita tersebut mengucap dua kalimah syadah kerana masih meragui dia sebagai seorang Muslim.

Tambah wanita itu lagi, tanglung bukanlah satu isu yang patut dibangkitkan kerana ia hanyalah satu lampu yang direka dengan konsep budaya Cina. Lampu ini sama sekali tidak menjejaskan isu agama atau akidah seseorang.

Kemas kini terbaharunya, dia sangat terkejut dengan kata-kata semangat yang diberikan oleh netizen selepas hantaran yang dimuat naik di Facebook tular pada hari semalam. Dia berharap agar kes lampu ini tidak menjadi isu besar lagi di masa depan.