Pemburu paranormal cuak, kelibat ‘hantu’ di sebalik pintu kantoi pakai seluar sukan & selipar jepun

Pemburu paranormal cuak, kelibat ‘hantu’ di sebalik pintu kantoi pakai seluar sukan & selipar jepun

 

Platform TikTok banyak memberikan peluang kepada orang ramai untuk berkongsi minat kepada warganet yang lain, termasuklah melakukan aktiviti paranormal.

Ada yang selesa pergi ke suatu tempat ‘asing’ berseorangan dan ada juga yang lebih suka pergi secara berkumpulan kerana dapat meningkat peluang untuk bertemu dengan makhluk di sebalik mata. Bagaimanapun, tidak semua benda yang dipertontonkan itu boleh kita percaya kerana ada juga yang ‘dibuat-buat’ bagi mengejar jumlah tontonan dan likes.

Baru-baru ini warganet rasa terhibur dan geli hati apabila akaun TikTok @ceomaribincang telah membongkarkan ‘hantu buatan manusia’ dalam satu rakaman video pendek aktiviti paranormal.

Video itu bermula dengan seorang pemuda melaung-laungkan perkataan ‘hadir hadir’ beberapa kali di dalam kawasan bangunan usang. Dalam beberapa saat selepas itu ternampak satu kelibat seperti ‘kepala’ menunjukkan diri di sebalik pintu yang ada di hadapan pemuda tersebut.

@ceomaribincang

2 orang dah macam ni menipu 🤣 tak semua para jujur geng. Kasi viral geng 😇 #DzPdauzmenipu #fyp #paranormaltiktok #copylink #parapenipu #fypシ゚viral #fypberandatiktok

♬ bunyi asal – Sanc – Sanc

Semasa menuju ke arah pintu tersebut, pemuda itu mengucapkan beberapa bacaan doa dan zikir, lalu terdengar bunyi ketukan beberapa kali pada pintu itu.

Ketika pemuda itu membuka pintu tersebut, jelas kelihatan satu susuk manusia memakai baju berwarna cerah, seluar sukan jalur kuning dan berselipar. Pemuda itu segera mengalihkan kameranya merakam situasi di luar bilik.

Beberapa saat kemudian barulah dia masuk semula ke dalam bilik tersebut sambil menjerkah semasa merakam suasana di dalamnya. Sebahagian penonton aktiviti paranormal live itu memberitahu di ruangan komen bahawa mereka ternampak susuk manusia di sebalik pintu itu, namun pemuda itu menafikannya dengan mendakwa bahawa dia berseorangan sahaja ketika waktu itu.

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @CEOMARIBINCANG

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @CEOMARIBINCANG

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @CEOMARIBINCANG

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @CEOMARIBINCANG

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @CEOMARIBINCANG

Pembongkaran @ceomaribincang itu telah membuatkan warganet berasa geli hati melihat ada netizen sanggup mengada-adakan ‘kewujudan entiti’ semasa melakukan live aktiviti paranormal.

Tambah orang ramai lagi, bukan mudah makhlus halus mahu menunjukkan dirinya di dunia nyata kerana ia ada caranya tersendiri bagaimana mahu memberit isyarat kepada manusia mengenai ‘kehadirannya’.

Semoga kita semua dapat ‘menapis’ video-video yang ditonton agar kita tidak sewenang-wenangnya tertipu oleh warganet yang hanya sekadar membuat konten tidak berfaedah bagi mengisi masa lapang sahaja.