Bekas pelajar saman sekolah kerana masih tak boleh membaca dan menulis

Bekas pelajar saman sekolah kerana masih tak boleh membaca dan menulis

 

Bekas pelajar saman sekolah kerana masih tak boleh membaca dan menulis

Bekas pelajar Connecticut, Amerika Syarikat (AS), memfailkan tuntutan saman terhadap sekolah tingginya, selepas mendakwa tamat persekolahan tanpa kebolehan membaca dan menulis.

Jun lalu, lulusan dari Sekolah Menengah Awam Hartford di Hartford, Connecticut, dengan kepujian dan memperoleh biasiswa kolej, memfailkan tuntutan saman kepada bekas sekolahnya kerana cuai sehingga menimbulkan tekanan emosi terhadapnya.

Tindakan itu diambil Aleysha Ortiz, 19, kerana sekolah terbabit membenarkan dia menamatkan pelajaran dengan kepujian sedangkan dia masih buta huruf.

“Saya membuat keputusan, mereka (sekolah itu) mempunyai 12 tahun, kini sudah tiba masanya,” katanya kepada CNN.

Aleysha yang dilahirkan di Puerto Rico berkata, dia sudah menunjukkan masalah pembelajaran ketika kecil, dan ia berterusan selepas berpindah ke AS pada usia lima tahun.

“Saya banyak menggunakan aplikasi telefon pintar untuk menterjemah teks kepada ucapan dan ucapan kepada teks, malah menggunakannya untuk mengisi permohonan kolej dan menulis esei yang diperlukan.

“Ketika di kolej, saya bergelut dan berhenti menghadiri kelas pada awal Februari kerana ingin mengambil cuti untuk rawatan kesihatan mental tetapi berharap untuk kembali ke kelas tidak lama lagi,” katanya.

Katanya, dia menyaman bekas sekolahnya kerana mahu mereka bertanggungjawab atas apa yang dialaminya.

“Sekolah dan guru khas yang dilantik untuk kes saya tidak banyak membantu sehingga sebulan sebelum tamat pengajian apabila mereka akhirnya menjalankan ujian tambahan sebelum saya sedar rupanya saya hampir buta huruf,” katanya.

Pegawai daerah sekolah memberitahu Aleysha, dia boleh menangguhkan penerimaan diploma tamat pengajian sebagai pertukaran untuk perkhidmatan intensif, bagaimanapun tawaran itu ditolak.