Pasangan kekasih dicekup berdua-duaan di tepi pantai

Pasangan kekasih dicekup berdua-duaan di tepi pantai

KAWASAN pelancongan terkenal di Parit Buntar iaitu Ban Pecah, di Tanjung Piandang dicemari aktiviti maksiat apabila ada segelintir pengunjung melakukan perbuatan tidak bermoral sehingga mengundang rasa kurang senang pengunjung yang lain.

Kawasan itu menjadi pusat aktiviti penduduk mahupun orang luar berkunjung untuk beriadah kerana ia dikelilingi sawah padi terbentang dan dari satu sudut yang lain kelihatan pemandangan laut dengan sedikit ruang landai seakan-akan ‘berpantai’.

Beberapa hari lalu, seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti larian di kawasan itu dikejutkan dengan kehadiran sepasang kekasih yang sedang beromen di tepi pantai.

Menurut Shahril Mat Saad, dia tergamam seketika apabila melihat aksi pasangan terbabit yang sedang asyik melakukan perbuatan tersebut tanpa rasa malu.

“Assalamualaikum dan selamat pagi. Larianku di Ban Pecah diakhiri dengan pemandangan yang mencemarkan maruah Ban Pecah. Pihak yang berkenaan terutama Jbatan Agama Islam Parit Buntar mohon ambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

 

Shahril berkata, dia sempat bertanya kepada lelaki terbabit status perempuan itu sama ada isteri atau bukan dan lelaki itu mengaku perempaun itu hanyalah teman wanitanya sahaja.

“Saya sempat tanya lelaki tersebut isteri dia ke?Dia mengaku tidak. Dan saya beri nasihat sedikit walaupun tidak berhemah,: ujarnya.

Sementara itu, netizen mengecam perbuatan pasangan itu dan mahu mereka dikenakan tindakan tegas kerana berkelakuan tidak sneonoh di tempat awam.

Tidak kurang juga yang berseloroh dengan mengatakan yang pasangan itu sedang mencari kepah sebagai lauk makanan mereka. – CC