Panas! Umno berkonspirasi lantik ‘kluster mahkamah’ sebagai timbalan speaker

Panas! Umno berkonspirasi lantik ‘kluster mahkamah’ sebagai timbalan speaker

 

Tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin mendakwa, semacam ada konspirasi di kalangan ahli Dewan Rakyat Umno untuk melantik kluster mahkamah untuk menjadi timbalan speaker Dewan Rakyat.

“Nampak macam ada konspirasi di kalangan Ahli Dewan Rakyat Umno untuk memartabatkan kluster mahkamah dan kleptokrat sebaik saja Ismail Sabri Yaakob dilantik Perdana Menteri,” tulis Kadir menerusi facebook beliau.

Sehubungan itu, beliau mengingat Umno kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

“Calon Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat harus bebas kes mahkamah, kata Yang Di-Pertua Dewan Negara,” kata bekas Penasihat Media Perdana Menteri ke 7, Tun Dr Mahathir Moahamd itu.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan merupakan satu-satunya calon dari blok kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat baharu, kata MP Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ahmad dicalonkan bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Ahmad Maslan satu-satunya calon dari blok kerajaan dan kita tidak akan akan memberi ruang kepada calon dari pembangkang untuk mengisi jawatan tersebut,” kata Nazri sebagaimana dilaporkan oleh Astro Awani tiga hari lalu.

Sebelum ini, kempen juga dibuat agar Datuk Seri Mohamad Najib Razak dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada PM.

Sumber: Malaysiadateline