Ini sebab kenapa ‘oil filter’ penting untuk kereta

Ini sebab kenapa ‘oil filter’ penting untuk kereta
Kereta merupakan salah satu kenderaan yang boleh membawa anda bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain, malah ia merupakan satu kepentingan pada masa kini.
Oleh itu, penjagaan yang baik amat penting bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan dapat berfungsi tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun, pemilik kereta sering mengabaikan beberapa komponen penting yang sebenarnya memainkan peranan besar dalam prestasi kenderaan.
Antaranya ialah penapis minyak enjin yang berfungsi untuk menapis kotoran dan bendasing daripada minyak enjin, selain memastikan enjin sentiasa bersih dan berfungsi dengan baik.
Baru-baru ini, seorang mekanik berpengalaman, Muhammad SE telah berkongsi kepentingan dan fungsi penapis minyak enjin dalam kenderaan. Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.
Kalau engine kereta ibarat paru-paru yang menghirup udara, maka oil filter adalah mask pelitup muka yang melindungi daripada segala kotoran dan debu.
Tanpa oil filter, engine boleh cepat rosak sebab tercemar oleh zarah-zarah kecil yang merbahaya.
Oil filter atau penapis minyak bertugas sebagai menyaring segala kotoran dan partikel asing dari minyak engine sebelum ia sempat sampai ke bahagian-bahagian penting engine.
Tanpa filter, kotoran-kotoran ini boleh menyebabkan kerosakan dan mengurangkan umur engine.
1. Penggantian oil filter secara berkala memastikan bahawa minyak yang bersih sentiasa melincirkan enjin, menjaga komponen enjin daripada haus dan kerosakan akibat kotoran.
2. Minyak yang bersih memastikan bahawa enjin anda berjalan dengan lebih lancar dan efisien. Ini tidak hanya memperbaiki prestasi tetapi juga meningkatkan kecekapan bahan api.
3. Dengan minyak yang bersih dan bebas daripada kontaminan, engine anda akan mengalami kurang geseran yang secara tidak langsung memanjangkan hayat keseluruhan enjin.
Selalunya disyorkan untuk mengganti oil filter setiap kali kau menukar minyak enjin.
Pastikan anda merujuk kepada manual pemilik kereta untuk mengetahui jadual penyelenggaraan yang tepat untuk model kereta anda.
“Jadi, setiap kali kau memilih untuk mengganti minyak engine, pastikan kau juga mengganti oil filter untuk memastikan prestasi yang optimal dan pemeliharaan yang baik!”
Bukannya dua kali ganti minyak enjin baru kau ganti oil filter tu. Itu sikit masa lagi koyak poket. Haha!