Tular nasi lemak kosong harga RM2, sambal, telur & ikan bilis dijual asing

Tular nasi lemak kosong harga RM2, sambal, telur & ikan bilis dijual asing

 

Tular nasi lemak kosong harga RM2, sambal, telur & ikan bilis dijual asing.

Juadah nasi lemak hanya dikira lengkap jika didatangkan dengan sambal, telur rebus dan ikan bilis bersamanya.

Namun, kini sebahagian pengguna menemui menu nasi lemak kosong yang benar-benar hanya ditawarkan nasi putih tanpa sebarang sambal dan bahan pelengkap lain.

@nizambest1

nasi lemak kosong

♬ original sound – NizamBest|Kacak – NizamBest|Kacak

Seorang lelaki terkejut apabila membuka bungkusan dan hanya mendapati nasi kosong. Dia sampai terpaksa membeli sambal yang dijual berasingan untuk menikmatinya.

Di dalam video lain yang tular di TikTok, seorang pelanggan lain mendedahkan harga bagi setiap sambal, ikan bilis dan telur yang dijual menerusinya.

@nizambest1

Replying to @fahmizr40 dari nasi lemak kosong nak bagi lengkap byk jugak nak kena tambah😅#nasilemakkosong

♬ original sound – NizamBest|Kacak – NizamBest|Kacak

Secara puratanya, harga yang dikenakan adalah agak mahal. Dari sambal ayam bermula harga setinggi RM2 sehingga RM5 untuk sambal udang. Sebiji telur rebus pula dicaj RM2 dan ikan bilis sekitar RM1.

Ikutkan kiraan kasar, nasi lemak kosong ditambah telur rebus, ikan bilis dan sambal ayam untuk menjadikan ia sebagai menu lengkap mencecah RM7 walhal hidangan nasi lemak biasa yang dijual selalunya berharga sekitar RM2 ke RM3 sahaja.

Perkongsian video di TikTok langsung menjadi perbualan hangat oleh pengguna platform yang mana rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dan tidak berpuas hati dengan penawaran nasi lemak kosong dengan caj tambahan yang mahal untuk sambal dan bahan mentah lain.

Bagi netizen, tiada salahnya mengenakan caj lain untuk tambahan lauk di dalam pek tetapi bahan asas untuk menu nasi lemak adalah tidak wajar sama sekali.

Ramai juga menyindir terhadap tindakan penjual yang didakwa sengaja menjual secara berasingan untuk mengaut keuntungan mudah.