“Baru tahu yang kecam tu ahli syurga” – Dikecam cari lelaki soft spoken & jaga solat, ini respon Nadia Brian

“Baru tahu yang kecam tu ahli syurga” – Dikecam cari lelaki soft spoken & jaga solat, ini respon Nadia Brian

 

“Baru tahu yang kecam tu ahli syurga” – Dikecam cari lelaki soft spoken & jaga solat, ini respon Nadia Brian

Pelakon, Nadia Brian terkilan apabila dikecam warganet gara-gara meminta seorang lelaki sempurna untuk dijadikan teman hidupnya di media sosial, baru-baru ini.

Pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, memuat naik satu hantaran di Threads memohon kepada Tuhan agar doa orang yang teraniaya sepertinya diangkat pada hari Arafah ini.

Kata Nadia, dia hanya menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

Cakap lah lagi, beri kecaman lagi, kutuk lah lagi, fitnah lah lagi. Tidak mengapa, alhamdulillah.

Di hari baik ni, semoga doa yang dianiaya diangkat terus oleh Allah SWT.

Baru tahu ahli-ahli syurga yang memberikan kecaman tu ahli syurga yang confirm masuk syurga.

Saya baru tahu pendosa tidak boleh minta doa, yang boleh minta doa ahli-ahli syurga yang suka memberikan kecaman, fitnah, kutukan pada saya.

Sebelum ini, Nadia memuat naik satu hantaran di media sosial mencari seorang lelaki idaman.

Aktres itu bertanya kepada orang ramai tidak wujudkah lelaki sempurna yang boleh memenuhi kriterianya.

Bagaimanapun, hantaran itu mendapat pelbagai respons daripada warganet dan ia menjadi lebih teruk apabila mereka mula merendahkan selebriti tersebut.

Dikritik Gara-Gara Mahu Lelaki Jaga Solat, Nadia Brian Sindir Netizen –  “Alhamdulillah… Rupanya Yang Mengecam Semua Ahli Syurga” | XTRA