“Muka sedih je, macam tak bahagia” – Berambut pendek & nampak kurus, penampilan terbaru Syamsul Yusof raih perhatian

“Muka sedih je, macam tak bahagia” – Berambut pendek & nampak kurus, penampilan terbaru Syamsul Yusof raih perhatian

 

Sebelum ini kecoh dakwaan pengarah terkenal, Syamsul Yusof dah ceraikan isterinya Ira Kazar namun sampai sekarang pengarah itu masih berdiam diri.

Baru-baru ini menerusi video di TikTok @Zarriell, Syamsul Yusof dilihat tampil dengan rambut yang dah dipotong pendek.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Syamsul bergambar dengan seorang kanak-kanak dengan memakai kain pelekat serta ‘sweatshirt’ berwarna hitam.

Syamsul buat pose mengangkat jari menunjukkan simbol ‘Allah yang satu’.

Pengarah berusia 39 tahun itu juga sempat menasihatkan kanak-kanak yang dikenali sebagai Zarriel itu untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah serta menjaga bapanya.

Ingat makan banyak. Belajar rajin-rajin okay. Jaga ayah okay.

@zarriellrayyan2

#syamsulyusof

♬ original sound – Zarriell 🇵🇸🫱🏻🫲🏻🇲🇾 – Zarriell 🇸🇩🤝🇲🇾

Kalau korang tengok ruangan komen, ada netizen mendakwa Syamsul kini sedang ‘berubat’ namun tidak diketahui atas sebab apa.

Ada juga warga maya yang mengatakan bahawa riak wajah bekas suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana itu sedikit sedih dan semakin kurus.

Sol nampak sedih air muka tu. Moga back to the old Shamsol.

Mengimbas kembali, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah Liyana mula berantakan setelah hadirnya orang ketiga iaitu Ira Kazar yang kini sudah sah menjadi isteri kepada pengarah itu.

Syamsul dan Puteri Sarah akhirnya bercerai pada pertengahan Jun lalu dan turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan mereka yang terdahulu.