“Minta nombor telefon terus cakap tak boleh, habis tu senyum banyak kali buat apa?”
![“Minta nombor telefon terus cakap tak boleh, habis tu senyum banyak kali buat apa?” “Minta nombor telefon terus cakap tak boleh, habis tu senyum banyak kali buat apa?”](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2025/02/1-75-e1739631579750.jpg)
“Minta nombor telefon terus cakap tak boleh, habis tu senyum banyak kali buat apa?”
Setiap daripada kita mesti pernah berdepan dengan situasi yang dianggap ‘syok sendiri’.
Mungkin pada peringkat awal kita tidak sedar, namun reaksi orang sekeliling pastinya menyedarkan ia adalah sesuatu yang memalukan.
Begitu juga situasi seorang lelaki yang merasakan seorang wanita menyukainya kerana melemparkan senyuman kepadanya.
“Tadi ada seorang perempuan senyum kat aku tiga kali masa aku tengah tunggu makanan dekat kedai. Aku pun fikir mungkin ada peluang.
“Jadi aku approach dia, kita sama-sama senyum, kemudian aku buat isyarat tangan telefon, maksudnya nak minta nombor, terus cakap tak boleh,” katanya.
Lelaki itu berasa hairan dengan tindakan wanita itu yang enggan berkongsi nombor telefon kepadanya.
“Habis tu, dari awal senyum banyak kali buat apa?,” katanya.
Perkongsian itu mengundang ketawa netizen kerana beranggapan dia hanyalah perasan dan syok sendiri.
“Awak tengok dia sampai tiga kali, jadi dia mungkin rasa janggal dan sekadar senyum secara sopan.
“Mungkin juga itu cara senyum pada orang yang saya tak kenal tanpa sebarang niat khusus,” kata netizen.
“Senyum itu sedekah kalau dia jeling nanti kena cop muka hodoh tapi ada hati jeling orang.
“Habis kalau lima orang perempuan senyum, tak kan lima-lima tu nak pergi minta nombor telefon?,” kata warga maya.
“Lepas ni kena siapkan kad nama. Kalau jadi lagi situasi macam ni awak yang bagi kad kepada dia.
“Lepas tu tunggu, kalau dia berminat dia hubungi la awak,” kata netizen.
Walaupun dianggap perasan, lelaki berkenaan tetap berkeras bahawa dia tidak bersalah dalam hal berkenaan.
“Dah senyum biasanya bagi lampu hijau la kan?,” kata lelaki itu.