“Buat apa nak jadi kambing hitam” – Man Raja Lawak tawar hati, tak akan terima pelawaan Sepahtu Reunion lagi
Man Raja Lawak menyatakan bahawa dia sudah tawar hati untuk menyertai Sepahtu Reunion Live. Ini selepas permohonannya sebelum ini untuk menjadi pelakon tetap program tersebut ditolak.
Man nekad tidak akan menerima jika ada tawaran undangan daripada rancangan berkenaan sebagai pelakon undangan untuk episod mahupun cameo.
Ini kerana dia tidak mahu digelar seperti peminta sedekah. Sebelum ini Man Raja Lawak akui dia yang terlebih teruja untuk bergandingan dengan mereka. Sedangkan pihak satu lagi menurutnya hanya mahu menjadikannya kambing hitam.
“Buat apa nak jadi kambing hitam, apabila tiada orang lagi yang boleh buat persembahan, atau tiada orang nak naikkan rating, barulah dia nak panggil kita,” tegas Man.
Dipetik dari mStar, Man Raja Lawak berkata: “Buat apa lagi nak masuk kalau orang kata saya ini macam peminta sedekah? Betul pada awalnya tapi kalau saya sahaja yang beria dan pihak sana macam tak berminat, tak boleh juga.
“Apabila tidak ada orang lain boleh naikkan rating, baru nak panggil saya. Baru nak mengharap dan terhegeh-hegeh,” katanya kepada mStar.
Man menafikan bahawa itu kerana dia seorang pendendam. Sebaliknya dia lebih menganggap itu sebagai bukan rezekinya.
Man Raja Lawak membuka peluang untuk tawaran yang lain.