Malaysia melakar sejarah hitam, kes baharu hari ini 13,215

Malaysia melakar sejarah hitam, kes baharu hari ini 13,215

SELEPAS dua hari berturut-turut Malaysia melakar sejarah hitam dengan jumlah kes baharu melepasi angka 11,000, rekod baharu tercipta lagi hari ini apabila 13,215 kes pula dilaporkan hari ini.

Semalam, Malaysia mencatat jumlah jangkitan baharu Covid-19 sebanyak 11,618 kes, manakala kelmarin dengan 11,079 kes.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, kes tertinggi adalah di Selangor yang telah melepasi angka 6,000 dengan mencatatkan 6,120 kes.

Ia juga kes harian tertinggi pernah dicatatkan di negeri itu.

Kuala Lumpur pula melaporkan 1,499 kes, Negeri Sembilan 1,603, manakala Kedah merekodkan 695 kes dan Johor 599 kes.

Sarawak pula merekodkan kes harian Covid-19 sebanyak 363 kes, Perak (344), Melaka (484), Pahang (222), Sabah (370), Pulau Pinang (509) dan Kelantan (255).

Sementara itu Terengganu dengan 70 kes, Labuan (26), Putrajaya (53) dan Perlis (3).

Sumber: Malaysiapost