“Malas nak layan tong kosong ni, dia ketuk dalam bunyi tak ada isi” – Tok Ram

“Malas nak layan tong kosong ni, dia ketuk dalam bunyi tak ada isi” – Tok Ram

 

“Malas nak layan tong kosong ni, dia ketuk dalam bunyi tak ada isi” – Tok Ram

Maestro muzik, Tok Ram sifatkan Man Bai tong kosong susulan tindakan penyanyi senior itu yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai ketua juri di Gegar Vaganza (GV).

Memetik laporan Astro Gempak, Tok Ram atau Datuk Ramli MS turut mempersoalkan tindakan penyanyi tersebut yang mengkritik pertandingan GV.

“Ia realiti program. Konsep dan semua content program adalah berlainan. Macam-macam content. Tapi kenapa GV11, complaint la dari GV1,” katanya.

Dalam pada itu, Tok Ram juga berkata dia enggan melayan komen-komen tidak berasas yang dilemparkan oleh penyanyi lagu Kau Ilhamku itu.

“Sebenarnya saya memang malas nak layan tong-tong kosong ini. Dia ketuk dalam bunyi tak ada isi, malas nak melayan. Saya malas nak layan, thank you,” ujarnya.

Sebelum ini, Man Bai mendedahkan beliau pernah menolak untuk terlibat dalam program GV disamping turut berkata ia bukanlah platform yang terbaik.

Menurut Man Bai atau nama sebenarnya Abdul Rahman Osman, format pertandingan yang diketengahkan GV dilihat hanya memalukan dan menjatuhkan kredibiliti artis yang bertanding.

Pada masa yang sama, Man Bai turut mempertikaikan kredibiliti Tok Ram sebagai ketua juri apabila tidak menobatkan penyanyi Liza Aziz sebagai peserta terbaik semasa konsert minggu keempat sebaliknya memberikan kepada Ronnie Hussien.

“Bukan itu sahaja, Ronnie menang minggu lalu kerana Ramli kata sudah selalu beri kemenangan kepada Liza.

“Kalau betul Liza layak menang, mengapa takut berikan (kemenangan) kepadanya? Bagaimana dengan usaha yang dilakukan Liza sebelum ini sampai boleh beri dia berada di tempat ketiga? Bagaimana dia menjadi ketua juri?

“Kalau dalam hati dia betul-betul seorang juri dan mahu beri kemenangan kepada yang layak, beri sahajalah,” jelas Man Bai.