Malas nak bercinta & bazir duit, Adira Suhaimi beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?

Malas nak bercinta & bazir duit, Adira Suhaimi beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?

 

Pelakon dan penyanyi, Adira Suhaimi malas nak bercinta dan menganggap ia seakan membazir duit dan masa untuk berkenalan dengan orang lain.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah penyanyi itu seakan memberi bayangan kembali ke pangkuan bekas suaminya yang dikenali Datuk Red.

“Kita (Adira) nak kahwin dengan awak (Datuk Red) sahaja,” katanya ringkas ketika menjawab persoalan netizen.

Ujar pelatun lagu Ku Ada Kamu itu, dia sudah muak dan malas untuk berkenalan dengan orang baharu di mana ia hanya membazir masa.

“Kita tak mahu kahwin dan kalau nak pun dengan awak sahaja. Tetapi mungkin lama-lama sikitlah rujuk.

“Saya malas nak bercinta. Ingat tidak buang duitkah?,” katanya dalam sebuah siaran langsung TikTok.

Menurutnya, dia malas mahu memperkenalkan serba-serbi kehidupan kepada lelaki lain jika hendak dibandingkan dengan Datuk Red yang sudah mengetahui mengenai dirinya.

“Malas nak beritahu orang semula saya tinggal di Sabah, bapa sudah meninggal, adik-beradik 10 orang. Susah.

“Kenapa kau sedih?,” tanya Adira kepada pemilik nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu.

“Memang kau cakap tetapi lama lagi. Aku ini sudah tua,” balas Datuk Red.

Katanya lagi, dia akan tetap setia menanti bekas suaminya itu mencapai impian dan kejayaan sebelum benar-benar membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga semula.

“Awak tengah meningkat naik, kejar cita-cita dahulu. Kita (Adira) dekat sini sahaja jangan risau.

“Kita sibuk cari duit. Kalau keluar hanya untuk bekerja dan terus pulang ke rumah,” jelasnya.

@putehhhx

#abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #abgredadira #datoredadira #adirasuhaimiabgred #adirasuhaimidatukred

♬ original sound – putehhhx – putehhhx

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebelum bercerai talak satu pada 23 April lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob, yang kini berusia dua tahun.