Madinah dilanda banjir teruk, jalan dan sekolah ditutup

Madinah dilanda banjir teruk, jalan dan sekolah ditutup

 

Beberapa kawasan di utara Arab Saudi dilapor dilanda banjir teruk yang berpunca daripada hujan lebat baru-baru ini, lapor The New Arab.

Situasi cuaca yang tidak menentu itu juga memaksa kerajaan mengambil keputusan menutup jalan raya dan sekolah, selepas amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM).

Dalam pada itu, beberapa video yang menunjukkan situasi banjir yang melanda Kota Madinah turut menjadi tular di media sosial.

Situasi buruk yang bermula sejak Isnin lagi itu turut melanda kota Al-Ula dimana beberapa video menunjukkan ada kenderaan hampir dihanyutkan arus deras banjir.

Turut beredar di media sosial adalah rakaman hujan lebat yang melanda Masjid Al-Nabawi.

Sementara itu, Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi turut mengeluarkan beberapa arahan yang meminta orang ramai mengelak daripada berada berdekatan dengan kawasan banjir.

Keadaan yang melanda Arab Saudi itu berlaku selepas negara jirannya, UAE dan Oman turut dilanda banjir teruk sebelum ini.

Pada 2022, Jeddah turut pernah dilanda kejadian banjir kilat yang meragut dua nyawa.

Menurut The New Arab, situasi banjir seperti yang pernah melanda Jeddah itu berpunca daripada kekurangan kemudaan saliran untuk mengalirkan air hujan.

Ujar portal itu lagi, banyak bandar yang dibina di negara-negara Teluk sebenarnya tidak dilengkapi dengan sistem yang mengcukupi untuk menangani situasi yang berpunca daripada kejadian ribut.

Keadaan itu dikatakan turut disumbangkan oleh perancangan bandar abad ke-20 yang tidak menjangkakan perubahan cuaca drastik boleh melanda negara-negara Teluk yang biasanya gersang.