Dengan bantuan ‘Google Translate’, wanita ini lucutkan sendiri kewarganegaraan Malaysia miliknya
Dengan bantuan ‘Google Translate’, wanita ini lucutkan sendiri kewarganegaraan Malaysia miliknya
Seorang wanita telah berkongsi video di mana dia telah melucutkan kewarganegaraan Malaysia miliknya.
Wanita itu kini berstatus tiada negara atau stateless.
Dalam video tersebut dia turut menyatakan dia kesulitan untuk mengisi borang dalam Bahasa Malaysia dan meminta bantuan daripada terjemahan Google.
Dia akui sudah terlupa semua Bahasa Malaysianya dan agak sentimental kerana harus menyerahkan semua dokumentasi kerakyatan Malaysia miliknya termasuk sijil kelahirannya.
“Segalanya dah selesai di sini. 3 hari kemudian saya menerima sijil pelucutan kewarganegaraan saya. Selamat tinggal Malaysia.
Di ruangan komen, netizen berbagi pandangan tentangnya. Mereka mahu tahu alasan utama wanita itu sanggup melucutkan kewarganegaraan Malaysia.
Kerana kewarganegaraan Malaysia adalah sesuatu dianggap perkara yang sangat berharga.
Malah ramai warga asing yang mengidamkan kewarganegaraan Malaysia. Tidak kurang juga ada mereka yang masih belum diiktiraf sebagai warganegara walaupun lahir di sini.
Ada juga yang menganggap wanita itu tipikal manusia yang memang tidak pernah ada rasa patriotik pada negara Malaysia. Misalnya dia akui dia tidak tahu berbahasa Malaysia.
Netizen yang lain pula menegaskan, ini bukan perkara yang baharu. Ramai sudah individu yang melucutkan sendiri kewarganegaraan mereka untuk menjadi manusia tiada negara.
Ini juga akan memudahkan mereka memohon kewarganegaraan di negara lain selepas ini.