“Sedosa-dosa aku, tidak akan persenda agama” – Lucinta Luna janji akan tunai umrah sebagai lelaki
“Sedosa-dosa aku, tidak akan persenda agama” – Lucinta Luna janji akan tunai umrah sebagai lelaki
Personaliti media sosial transgender sensasi Lucinta Luna meluahkan hasrat mengerjakan umrah di Makkah tidak lama lagi.
Lucinta atau Muhammad Fattah, 35, bagaimanapun berjanji tidak akan menjejakkan kaki di Tanah Suci sebagai wanita kerana tidak mahu mempersendakan agama.
Sebaliknya Lucinta berani bersumpah sekiranya ada rezeki ke Makkah dia akan tampil sebagai seorang lelaki.
“Sedosa-dosa aku, aku tidak akan bermain atau persenda agama. Aku tidak akan menunaikan umrah sebagai seorang wanita.
“Jika ada rezeki dan sudah bersedia, aku berani bersumpah akan menjadi seorang lelaki apabila menjejakkan kaki ke rumah Allah,” katanya.
Lucinta berkongsi perkara itu ketika muncul dalam podcast bersama Deddy Corbuzier pada Selasa.
Dalam pada itu, ramai meluahkan rasa kagum dengan pendirian Lucinta dan berharap personaliti media sosial sensasi itu akan mengotakan janjinya.
Malah ramai menitipkan doa supaya Lucinta diberikan hidayah untuk berubah kembali kepada fitrah asal.
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila personaliti media sosial sensasi Indonesia yang juga transgender iaitu Isa Zega menunaikan umrah sebagai seorang perempuan.
Berkongsi aktiviti ketika berada di Makkah, Isa dilihat mengenakan telekung sehingga ramai menganggap dia menghina agama.