“Lepas saya letak tu..” – Selepas hampir 8 tahun, penulis surat layang kes Zulfarhan tampil bersuara

“Lepas saya letak tu..” – Selepas hampir 8 tahun, penulis surat layang kes Zulfarhan tampil bersuara

 

Bekas penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi akhirnya bersuara mengenai surat layang yang ditulisnya sebagai usaha untuk menyelamatkan nyawa Zulfarhan Osman Zulkarnain yang didera oleh rakan-rakannya, tujuh tahun lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aiman Aufa di Insta-Storynya, dia berkata ini pertama kali melihat semula surat layang itu selepas kejadian malang tersebut berlaku.

“Setelah hampir 8 tahun, ni first time saya tengok semula surat ni.

“Lepas saya letak tu, tak pernah tengok dah sampai sekarang. Ni tak tahu la macam mana boleh sampai ke public,” katanya.

Penulis surat layang kes Zulfarhan

Dalam pada itu, Aiman Aufa yang kini sudah bahagia berumah tangga bersama isteri tercinta berpandangan manusia hanya mampu untuk berikhtiar namun, Allah adalah penentu segala takdir buat hambanya.

“Apa apa pun, Al-fatihah buat keluarga arwah.

“Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha, Allah penentu segalanya. Al-fatihah,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, nama Aiman Aufa dan Akmal Akif menjadi bualan hangat apabila netizen kagum dengan keberaniaannya untuk membantu arwah Zulfarhan dengan menulis dua surat layang kepada pihak atasan Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).

Media sosial milik Aiman Aufa telah dibanjiri dengan ucapan terima kasih dan ramai mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan serta dilindungi Allah selalu.