Tak seindah yang disangka, ramai lelaki kahwin 2 mengeluh penat pikul tanggungjawab
![Tak seindah yang disangka, ramai lelaki kahwin 2 mengeluh penat pikul tanggungjawab Tak seindah yang disangka, ramai lelaki kahwin 2 mengeluh penat pikul tanggungjawab](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2025/02/1-54.jpg)
Tak seindah yang disangka, ramai lelaki kahwin 2 mengeluh penat pikul tanggungjawab
Bila berpoligami, maka ramai lelaki yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan syariat tersebut tanpa memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul jangka masa panjang.
Boleh diibaratkan segalanya perlu digandakan seperti kewangan, kasih sayang, ilmu, kekuatan emosi dan sebagainya bagi berlaku adil kepada isteri-isteri yang dikahwini.
Baru-baru ini, seorang peguam syarie menerusi platform TikTok mendedahkan realiti sebenar perkahwinan secara berpoligami ini tidaklah seindah yang disangka oleh ramai lelaki di luar sana.
Dia berkongsi berdasarkan pengalaman kerjanya menguruskan anak guam yang berkahwin lebih daripada seorang isteri.
Menurut peguam syarie tersebut, seseorang lelaki yang mengamalkan hidup berpoligami ini hanya akan merasa indah pada bulan terawal sahaja.
Sebaik masuk bulan-bulan berikutnya, di situlah individu berpoligami ini akan mula terasa beban dengan tanggungjawab yang dipikul.
“Mula-mula seronok, tapi bila masuk bulan kedua dan seterusnya, itu dah masuk fasa tanggungjawab. Bila masuk fasa ini, itulah yang akan terasa beban,” dedahnya.
Sementara itu, peguam syarie tersebut berkongsi kebanyakkan anak guamnya yang mengamalkan poligami berpesan agar tidak terjebak dengan hal tersebut.
@irsamuddinfitri SERONOK KE KAHWIN DUA? IRSAMUDDIN IKHSAN (Peguam Syarie) https://wa.me/60197535224 https://ifassyarie.com.my https://t.me/peguamsyarieirsamuddinfitri “WE SOLVE YOUR SYARIAH MATTERS” #PeguamSyarieBangi #PeguamSyarieSelangor #PeguamSyarieNegeriSembilan #PeguamSyarieWilayahPersekutuan #PeguamSyariemelaka #peguamsyarierumahtangga #satuharisatusoalan #jawapansyariah #fyp #irsamuddinfitri #motivasi #ceramah #tipskeluarga #quotesnsyariah #quotes #tips #fyp #foryou
♬ Dramatic Underscore Background Serious Business – Francesco Passanisi
Menjengah ke ruangan komentar, majoriti wanita tersangat bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana terlalu berat tanggungjawab perlu dipikul oleh seseorang suami apatah lagi mahu berlaku adil sepanjang menempuhi dunia rumah tangga bersama kelak.
“Menikah kerana Allah akan merasa bahagia sampai hujung jannah. Tak kira kahwin satu atau dua..banyakkan berdoa, insyallah bahagia milik kita,” titip pesanan dari seorang netizen.
“Nak jaga emosi perempuan ni seorang isteri memang susah. Ni kan nak kena jaga 2 isteri 2 perasaan yang berbeza, jadikya serabut. Betul mula-mula kemaruk cinta bahagialah,” kongsi seorang netizen lain.
“Macam juga hutang, awal-awal seronok meminjam. Lama-lama sakit,” seloroh seorang netizen lagi.
Dalam pada itu, ada sebahagian netizen turut memberi pendapat jika kalau perihal perkahwinan adalah sesuatu yang berat dan tidak boleh dipandang enteng seolah-olah ia hanya satu keseronokkan hidup berpasangan semata-mata.