Lelaki ini kongsi 4 tips ‘mahal’ nak naik pangkat dengan cepat dalam kerjaya
Naik pangkat dalam kerjaya sudah tentunya impian semua orang apabila memasuki dunia pekerjaan. Perkara ini tidak semudah yang disangka kerana pelbagai halangan perlu dilalui.
Menerusi perkongsian WN Muhaimin di laman Facebooknya, ada 4 tips utama boleh diterapkan dalam diri sekiranya ingin naik pangkat dengan cepat.
Ikuti penjelasan lanjut di bawah.
Zaman sekarang memang ramai orang-orang muda bawah umur 40 tahun jadi direktor. Dengan izin Allah, usaha dan doa. Hari ini saya nak kongsikan tips naik pangkat dengan cepat.
1. Berdaya saing
Langkah pertama anda perlu buat untuk naik pangkat dalam kerjaya adalah menjadi seorang yang hebat dalam bidang anda atau nama lainya subject matter expert (SME).
5 hingga 10 tahun sudah anda pasti sudah menjadi SME dan SME bukan bermaksud anda tahu semua benda. SME adalah org yang jadi tempat rujukan dalam bidang tertentu. SME adalah orang yang tahu di mana nak dapat jawapan.
2. Jadi orang boleh diharap dan dipercayai
Dalam masa anda nak jadi seorang yang berdaya saing, jadilah orang yang paling boleh diharap. Ini bermakna kalau boss bagi kerja anda mampu selesaikan tugas dalam tempoh yang diberikan.
Kalau anda ulang perkara ini 2-3 kali, maka anda boleh digelar orang yang boleh diharap dan dipercayai. Orang yang reliable akan mudah naik pangkat berbanding yang competent tetapi tidak reliable.
Macam mana nak jadi reliable? Ingat dua perkara iaitu sentiasa datang kepada bos dengan masalah yang telah dianalisa dan cadangan. Jangan hantar kepada bos dengan masalah mentah.
3. Tonjolkan diri
Musuh utama kepada kejayaan adalah jangan jadi average tanpa berniat meninggi diri. Langkah pertama nak tonjolkan diri adalah tanya apa yang bos nak dan buat strategik dan objektif kerja berdasarkan apa yang bos nak.
4. Sentiasa positif
Ini adalah perkara penting dan anda perlu sentiasa positif. Tanpa ini, semua di atas tidak lagi bermakna. Dengar nasihat ini kerana saya tak pernah jumpa orang yang hebat berjaya tetapi selalu banyak alasan.
Ingatlah, Nabi SAW pernah dicerca dibaling batu di Thaif, tak pernah Nabi SAW cerita atau complain walaupun dekat orang tersayang.
Saya doakan semua yang baca hantaran ini jadi umat Islam yang hebat.