Lelaki batal niat terjun tingkat 31 lepas nampak ibu bawa nasi berlauk

Lelaki batal niat terjun tingkat 31 lepas nampak ibu bawa nasi berlauk

 

Seorang lelaki nekad cuba untuk terjun dari kren yang berada di tingkat 31 sebuah tapak projek perumahan di Lembah Sireh.

Anggota balai bomba dan penyelamat Kota Darul Naim dan Kota Bharu mengambil masa 4 jam untuk memujuk lelaki tersebut.

Menurut laporan Kosmo, lelaki itu akhirnya berlembut hati untuk turun selepas ibunya memujuk dengan membawa bekalan nasi berlauk ke lokasi kejadian.

terjun

Malah, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Mohd. Ridzwan Ali berkata, lelaki itu dipercayai berada di kawasan terbabit sejak malam semalam.

Pada mulanya dia bertindak agresif dan nekad cuba terjun untuk terjun dari kren itu.

terjun

Namun, lelaki itu membatalkan niatnya selepas pihak anggota bomba telah membawa ibu dan adiknya untuk memujuk lelaki itu supaya turun dari kren yang berada di tingkat 31 tersebut.