Kucing jalanan dari Malaysia dinobat juara dunia, kalahkan ribuan pesaing

Kucing jalanan dari Malaysia dinobat juara dunia, kalahkan ribuan pesaing

 

Kucing jalanan dari Malaysia dinobat juara dunia, kalahkan ribuan pesaing.

Siapa sangka kucing jalanan yang berbaka biasa dari Malaysia telah dinobatkan sebagai juara dunia selepas menewaskan ribuan pesaing dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa di Oslo, Norway, pada Ahad lalu.

Kucing betina yang dikenali sebagai Baby itu merupakan milik pasangan suami isteri, Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus.

Memetik laporan Buletin TV3, Baby dipilih sebagai pemenang selepas berjaya menambat hati para juri dengan kejinakan, ketenangan serta sifat manja ketika penghakiman dibuat dalam pertunjukan anjuran Persekutuan Kucing Antarabangsa (Fife) tersebut.

@mommy_gojes_miko

Masa ni , jantung semua rasa nak gugur. Judge dah habis judging semua 14 ekor peserta dari pelbagai negara dan hanya seekor sahaja yang judge akan pilih untuk layak ke stage final Untuk merebut gelaran World Winner 2024 . Dan Alhamdulillah ,rezeki untuk Baby , terpilih sebagai Best Housecat Female Longhair dan akan bertanding lagi sekali di atas big stage untuk merebut WW 2024 ❤️ #fifeworldcatshow #fifeworldwinnernorway #housecat #housecatlonghair #malaysia #kelabkucingmalaysia #norway #cats #catsoftiktok #catslovers #domesticcat

♬ original sound – Mommy Gojes And The Luckypaws – Mommy Gojes And The Luckypaws

Selain bulunya yang cantik dan didandan rapi oleh Shaharuddin sendiri, Baby menarik perhatian juri dan orang ramai kerana sangat jinak ketika penilaian sedang dibuat meja hakim.

Baby juga sebenarnya bersaing bersama seekor lagi kucing jantan milik pasangan itu iaitu Miko di pentas akhir bagi penentuan juara mutlak.

Terdapat 1500 ekor kucing menyertai pertunjukan itu dan Malaysia diwakili oleh 9 ekor kucing yang terdiri empat kucing baka British Short Hair, empat kucing jalanan dan seekor kucing bengal hasil inisiatif Kelab Kucing Malaysia (KKM).

Menurut Rooaida, kucingnya itu sudah mendapat pendedahan awal untuk menyertai pertunjukan tersebut dengan memberi ruang kepada Baby berada di persekitaran yang terbuka.

“Saya dan suami kerap bawa Baby menyertai pertunjukan kucing dalam negara bagi membiasakan dia dengan khalayak ramai, ia dapat memupuk watak jinak dan manja.

“Baby hanyalah kucing baka biasa, kami ambil dia dari jalanan dan kemudian dipelihara dengan baik sehingga kini,” ujarnya.

@kkm5997

Congrats WW24 NW Baby, DSM Owner: Shaharudin & Rooaida #firstMalaysiaWorldWinner #kkm #fife #fifeworldshow24

♬ original sound – Kelab Kucing Malaysia – Kelab Kucing Malaysia