Lelaki ini kongsi kos dan anggaran keuntungan buka kedai dobi
Lelaki ini kongsi kos dan anggaran keuntungan buka kedai dobi
Pergi sahaja ke mana-mana pasti kita melihat kewujudan kedai dobi dan tidak dinafikan ia menjadi pilihan segelintir orang untuk membasuh dan mengeringkan baju.
Kesuntukan masa dan fakor cuaca di Malaysia menjadikan kedai dobi secara layan diri ini menjadi satu pelaburan yang berbaloi.
Berbeza dengan mencuci di rumah, anda perlu menjemur pakaian kerana masih lembap. Tetapi di kedai ini, anda boleh terus melipat pakaian yang sudah dikeringkan. Senang bukan?
Bagaimanapun, pernah tak anda terfikir berapakah jumlah wang yang diperlukan untuk membuka sebuah kedai dobi ini?
Sehubungan itu, ini perkongsian seorang pempengaruh TikTok, @Zarif Azrie mengenai anggaran kos pembukaan dan keuntungan kedai dobi.
Menurut Zarif, kos permulaan yang perlu ada untuk membuka sebuah dobi adalah antara RM100,000 ke RM300,000, bergantung kepada lokasi dan saiz kedai.
Jumlah wang ini termasuklah anggaran kos sewa, renovasi, mesin basuh, pengering, mesin tukar wang, sistem keselamatan, papan tanda dan permit perniagaan.
Bagi penyelenggaraan bulanan, anggaran jumlah yang perlu disediakan setiap bulan secara kasar adalah sekitar RM6,000 hingga RM11,000 sebulan.
Kos ini melibatkan pecahan bil elektrik, bil air, kos penyelenggaraan, gaji pekerja dan juga sabun cuci.
Katanya, jika anda inginkan Return Of Investment (ROI) atau balik modal dalam jangka masa tiga tahun, jumlah kos permulaan perlu dibahagikan dengan 36 bulan.
Contohnya, bagi modal pembukaan awal adalah sekitar RM150,000, jualan minima yang diperlukan adalah RM4,167 sebulan, manakala bagi mereka yang mengeluarkan modal awal sebanyak RM300,000 pula harus mendapatkan jualan minima sebanyak RM8,333 sebulan.
Adat berniaga, pasti kita menginginkan keuntungan daripada setiap hasil perniagaan.
Jadi, pendapatan kasar yang perlu anda capai setiap bulan adalah antara RM10,300 hingga RM22,500.
Semoga bermanfaat.
@zarifazrie Berapa kos nak bukak dobi? Jom kita breakdown #laundrybusiness #financialtips #business #ideas #breakdown