“King dah naik pangkat” – Polis bakal guna Myvi sebagai kereta peronda?

“King dah naik pangkat” – Polis bakal guna Myvi sebagai kereta peronda?

 

Perodua Myvi memang sebuah kereta hatchback yang tidak dapat dinafikan ‘kemampuannya’, sehingga ramai netizen membayangkan andaikata Myvi digunakan sebagai kereta peronda Polis sudah pasti sangat membantu dalam membanteras jenayah.

Nampaknya permintaan orang ramai seperti ‘terjawab’, apabila beberapa buah Myvi dengan livery Polis pada bahagian badan kereta mula kelihatan oleh orang ramai pada minggu lalu.

Dalam satu video awal yang tular, ada seorang pengguna TikTok @zaki_ahmad03 merakam di sebalik pagar ‘Myvi Polis’ itu baru sahaja turun daripada lori treler kereta. Sewaktu video itu dizum lebih dekat, jelas kelihatan pelekat decal livery berwarna biru, kuning dan hijau. Turut kelihatan logo dan perkataan POLIS pada sisi pintu kereta.

@infodashcam

#fyp #trendingnewsmalaysia #dashcammalaysia #beritatiktok

♬ original sound – Info Dashcam – Info Dashcam

Dalam video kedua yang dimuat naik oleh TikTok @infodashcam pula kelihatan tiga buah ‘Myvi Polis’ berada di atas lori treler kereta yang sedang berhenti tepi jalan.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan teruja apabila melihat kereta-kereta tersebut. Nyata mereka selepas ini Polis dapat membanteras penjenayah lebih cepat dengan ‘kemampuan’ yang ada pada kereta hatchback itu.

Sumber Gambar: TikTok @infodashcam

Sumber Gambar: TikTok @infodashcam

Sumber Gambar: TikTok @infodashcam

Menurut Vocket, setakat artikel ini ditulis, tiada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai ‘Myvi Polis’ yang kini mula menjadi bualan warganet.

Bagaimanapun ada netizen tidak menolak Myvi itu digunakan sebagai kenderaan ‘Polis Bantuan’ di kilang Perodua, memandangkan terdapat pelekat decal logo Perodua pada sisi pintu penumpang dan bonet belakang kereta.