“Kau takde dosa ke?” – Didakwa terima kifarah, isteri Shuk Sahar bidas tohmahan netizen

“Kau takde dosa ke?” – Didakwa terima kifarah, isteri Shuk Sahar bidas tohmahan netizen

 

“Kau takde dosa ke?” – Didakwa terima kifarah, isteri Shuk Sahar bidas tohmahan netizen

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh bertindak membidas komen-komen warganet yang mendakwa apa yang terjadi adalah kifarah untuknya.

Menerusi hantaran di Threads, terdapat segelintir warganet yang kurang senang dengan tindakan Fara yang mencanang isu rumah tangganya di media sosial.

Siapa nak gelak, terpulang. Apa yang terjadi kepada aku tidak jadi pada diri kau.

Aku sehabis baik fokus pada anak dari awal aku mengandung, sampailah Jumaat malam lepas aku kena sepak dekat perut.

Bagaimanapun, Fara berkata, dia sama sekali tidak terkesan dengan komen segelintir warganet yang mendakwa apa yang terjadi adalah balasan terhadap khilaf yang dilakukannya sebelum ini.

Kifarah ke apa, lantaklah. Kau tak ada dosa ke? Cuba kau duduk sini tempat aku, laki kau cakap anak kau haram. Kau nak buat apa?

Lantaklah siapa pun nak bersyukur atau gelakkan aku, awak semua tak penting untuk aku.

Semoga apa sahaja kesakitan yang aku hadap hari ini Allah gantikan dengan kebaikan untuk anak aku.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram Story, Fara meluahkan rasa bengangnya terhadap Shuk yang didakwa telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Sekadar info, kemelut rumah tangga antara Fara dan Shuk bermula pada tahun lalu selepas wanita itu mengaku meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai suaminya itu.

Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023 selepas bercerai dengan isteri pertamanya iaitu Rossa Sera pada 22 Mac 2023.