‘Khalwat’ dengan janda, ketua kampung kena paksa nikah depan isteri pertama

‘Khalwat’ dengan janda, ketua kampung kena paksa nikah depan isteri pertama

 

‘Khalwat’ dengan janda, ketua kampung kena paksa nikah depan isteri pertama

Sebuah desa kecoh dengan ‘insiden khalwat’ antara ketua kampung dan seorang janda.

Kejadian itu melibatkan kepala desa (kades) dikenali sebagai SR di Kecamatan Kemusu, Kabupaten Bayolali, Jawa Tengah di Indonesia pada Jumaat lalu.

SR didakwa menunggang motosikal yang diparkir di bawah pokok ketika berkunjung ke rumah ibu tunggal anak satu itu.

Ketika kediaman wanita itu diserbu, SR menafikan mereka berzina sebaliknya mengaku sudah menikah secara siri sejak sebulan lalu dan bapa janda tersebut menjadi wali pernikahan mereka selain disaksikan anaknya yang masih di bawah umur.

“Perkahwinan itu bagaimanapun tidak diketahui isteri pertamanya. Susulan itu, penduduk menganggap ia sebagai tidak sah. Mereka memintanya bernikah semula di hadapan penduduk dan isterinya yang sah,” menurut laporan Tribunnews.com.

Menurut salah seorang penduduk yang ada di lokasi itu, warga setempat berasa curiga setelah melihat motosikal milik SR di rumah janda tersebut.

Kami melakukan tindakan tegas ini demi untuk menjaga keamanan desa. Sebagai ketua kampung, beliau sepatutnya menjadi contoh dan bukan pergi bermalam di rumah janda hingga menimbulkan syak wasangka,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Kantor Urusan Agama (KUA) Cepogo Boyolali, Saiful Anwar memaklumkan pernikahan siri merupakan perkahwinan yang tidak didaftarkan.

“Jika ia memenuhi rukun dan syarat nikah, ia dianggap sah dari sisi agama, namun tidak di sisi undang-undang. Pernikahan kades SR jelas tidak sah dan perlu dilakukan semula kerana tiada saksi mengikut syarat ditetapkan,” katanya.

Kajian dilakukan sebuah badan tempatan mendapati kira-kira 80 peratus perkahwinan siri tidak sah kerana tidak memenuhi syarat dan rukun nikah.