Kenapa Najib terlalu yakin akan selamat dari skandal 1MDB? Ini sejarahnya…

Kenapa Najib terlalu yakin akan selamat dari skandal 1MDB? Ini sejarahnya…

 

1- Skandal 1MDB telah berbangkit sebelum PRU 2013 lagi oleh Ds Anwar Ibrahim di Parlimen.. Lebih tepatnya pada 2011, Masa tu skandal 1MDB belum cukup serius, SRC baru menerima suntikan wang KWAP sekitar 2011 dan 2012, Setahun sebelum PRU 13.. tak hairan duit mengalir kepada orang Politik sebelum PRU 13..Tetapi Najib dapat menghidu masalah besar yang bakal berlaku..

2- Bagaimana Najib mampu selamat ? Hanya satu jalan iaitu dengan mempertahankan kedudukannya pada tempat paling berkuasa dalam Politik, iaitu kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.. terbukti semua kes 1MDB tertutup sepanjang dia menjadi PM.. Sebenarnya semua strategi Najib itu terlaksana dengan jayanya.. Apa rencana Najib ?

3- Pertama mengharap Ds Anwar terpenjara, Dan pecahkan barisan dan kekuatan Pembangkang, Semua rencana Jahat Najib ini berjaya dengan jayanya melainkan dia tak menduga datangnya pertolongan Allah dengan musuh dari dalam istana partinya sendiri seperti Firaun tidak menyangka ancaman dari Nabi Musa itu datang dari dalam Istananya sendiri setelah membunuh semua bayi bayi lelaki…

4- Ketika Ds Anwar bersedia untuk bertanding di Kajang untuk dilantik MB Selangor, pada 7 Mac 2014 Tiba tiba saja Mahkamah Rayuan menukar keputusan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi pada Januari 2012 kepada Bersalah sebagaimana tiba tiba MH370 hilang dari radar, Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan, ketika itu, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga hakim membuat keputusan Bersalah, Pada 2015 Ds Anwar terpenjara dari keputusan Mahkamah Persekutuan..

5- Setelah ketiadaan Ds Anwar dalam Politik, Dalam waktu yang sama, Kelicikan Najib berjaya memecahkan PAS dari dalam, Pemilihan PAS pada tahun 2015, PAS berpecah.. UMNO cukup berperanan dalam kempen pemilihan PAS..Akhirnya Najib Razak mengakui dia merencanakan pakatan sulit dengan Hj Hadi sebelum PRU 14 untuk pertandingan 3 Penjuru.. dalam keadaan ini hampir mustahil PR/PH dapat menang PRU 14.. seakan dari keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.. UMNO akan menang besar..

6- Perancangan kelicikan Najib Razak diatas kertas sebenarnya menjadi.. Biarpun aku tak bersetuju dengan PAS, kita kena akui PAS punya pengaruh besar di Pantai Timur.. tanpa dokongan PAS, Terbukti PH kalah disemua kerusi dipertandingkan pada PRU 14 sedangkan sebelum PRU 14 kerusi pantai timur menyumbang kerusi yang besar kepada Pakatan Rakyat..

7- Tetapi Perancangan Allah itu maha hebat.. Ketika Pakatan Rakyat hilang haluan dan kekuatan, Ketika Ds Anwar terpenjara.. Allah datangkan permusuhan dan perpecahan dari dalam istana UMNO itu sendiri.. Disebabkan rakusnya Najib mempertahankan kedudukan dalam UMNO dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Najib memecat Ts Muhyiddin dan Shafie Afdhal..

8- Atas faktor ini sebabkan Najib kalah di Putrajaya.. Dimana faktor kemenangan PH pada PRU 14 ? Biarpun aku tak bersetuju dengan Mahiaddin Yasin, Kita perlu akui..Pengaruh Mahiaddin telah membantu PH menawan negeri Pantai Barat yang sebelum ini tidak pernah dimenangi PH terutama di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.. Dan terbukti Mahiaddin masih ada pengaruh ketika PRN Melaka di Pantai Barat..

9- Dimana lagi sumber kemenangan PH di Putrajaya masa PRU 14 ? Ia datang dari Sabah melalui sumbangan kerusi dan Pengaruh Shafie Afdhal dan Warisan dalam PRU 14.. Begitu juga kemenangan tipis PH di Kedah atas Faktor Tun Mahathir, PH tidak menang besar di Kedah disebabkan PAS mempunyai kekuatan disana.. Peralihan sokongan UMNO sebabkan PAS dapat kelebihan sepertimana Terengganu..

10- Semua rencana dan kelicikan Najib Razak untuk selamat dari skandal 1MDB telah terlaksana, Jelas PAS menerima duit UMNO, Ia diakui Nik Abduh sendiri..Jelas PAS, Haji Hadi sebagai Ulama Jahat berpakat dengan Najib Razak.. Ia diakui Najib Razak sendiri.. Apa yang tak diduga oleh Najib Razak ? Dia akan kalah atas faktor Tun Mahathir, Mahiaddin dan Shafie Afdhal yang berjaya melonjakkan sokongan kepada PH..

11- Sudah Pasti Najib tidak pernah menduga setelah Ds Anwar terpenjara.. PAS berpecah, berlaku pertandingan 3 Penjuru.. atas faktor Tun Mahathir, Mahiaddin dan Shafie Afdhal yang dipecat… dia akan kalah besar di Johor, Melaka, Negeri Sembilan hatta di Sabah.. Itu yang berlaku.. Dan akhirnya skandal 1MDB terbongkar.. Dan Najib Razak di dakwa di Mahkamah..

12- Najib Razak masih menantikan taqdirnya sebagaimana di Doakan Almarhum TG Nik Aziz 12 Tahun dulu ketika rampasan kuasa dan kerja khianatnya di Perak.. Semoga Allah makbulkan Doa Almarhum TG Nik Aziz..

Ipohmali