Kecoh! Jaja kisah 14 sekeluarga meninggal akibat Covid-19, warganet bengang ditipu ‘scammer staff Petronas’

Kecoh! Jaja kisah 14 sekeluarga meninggal akibat Covid-19, warganet bengang ditipu ‘scammer staff Petronas’

 

Dengan company, kawan kawan, rakan sekerja, dengan kita semua habis kena kelentong.

Dah refer sampai ke authorized department siap circulate email ucap takziah, sedih buat tahlil ramai ramai.

Kesian kawan kawan bersusah payah buat donation.

Dia buat kering cakap jangan kecoh nak jaga sensitiviti family.

Gilaaaa gila!

Aku tarik balik ucapan takziah semalam, aku gantikan dengan ucapan;

“Eloknya kau tu yang mampos menyusahkan orang”

Petronas dah mengaku mereka ditipu.

Polis menyiasat aduan penipuan menerusi sebuah kisah 14 sekeluarga maut akibat Covid-19 yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pegawai Petronas Pengerang berkaitan perkara berkenaan di Balai Polis Pengerang di sini, hari ini.

Menurutnya, kes diklasifikasi dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Siasatan lanjut kes akan diteruskan oleh Bahagian Komersil, Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi.

“Buat masa ini, siasatan kes masih di peringkat awal dan belum ada apa maklumat berkaitan siasatan diperoleh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Demi meraih simpati ramai, satu pihak dipercayai menjaja kisah kononnya seorang lelaki bertugas di Petronas di Pengerang di sini kehilangan seramai 14 insan kesayangan termasuk isteri dan lapan anak akibat jangkitan Covid-19 baru-baru ini.

Menurut maklumat yang tular menerusi media sosial What’sApp dan Facebook (FB), seorang lelaki didakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu hingga September ini.

Malah lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penyelia juga dikatakan kehilangan isteri dan tiga anaknya meninggal dunia pada bulan Jun dan Julai akibat Covid-19 manakala pada 2 September lalu, lima anaknya bersama ibu, kakak, barang ipar dan dua anak saudara kononnya terkorban.

Ia turut memuatkan nama mangsa iaitu ahli keluarga lelaki berkenaan yang kononnya terkorban.

Malah maklumat berkenaan juga disusuli dengan permintaan bagi menyalurkan sumbangan ikhlas kepada lelaki itu bagi meringankan bebannya.

Ramai pengguna media sosial tersentuh dengan kisah lelaki berkenaan yang tular hingga sesetengahnya dipercayai bertindak menyalurkan sumbangan ke akaun bank dikongsi.

Perbuatan berkenaan mengundang perasan marah di kalangan netizen apabila dikesan terdapat perkara meragukan.

Difahamkan sebuah majlis Yasin juga diadakan secara maya serta disertai ratusan individu yang prihatin baru-baru ini bagi ahli keluarga lelaki berkenaan yang terkorban.

Petronas mengesahkan seorang kakitangan syarikat kontraktornya ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung isu kematian melibatkan 14 ahli keluarganya akibat Covid-19.

Syarikat minyak dan gas itu juga menyatakan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk dakwaan yang dibuat lelaki yang bekerja di Kompleks Pengerang, Kota Tinggi.

ā€œIndividu terbabit juga didakwa telah menerima sumbangan atas perkara berkenaan. Pihak Petronas akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan yang dijalankan.

ā€œPetronas juga menegaskan pihaknya tidak menyokong perbuatan salah laku seperti itu sama ada oleh kakitangan atau kontraktor,ā€ jelasnya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu turut dikongsikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman sosial Twitter miliknya tidak lama kemudian.

Tunku Ismail bertitah, pihak atasan telah menasihati Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

ā€œSetelah mendapat laporan penuh daripada Pegawai Daerah, pihak atasan telah menasihat Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu,ā€ titah baginda.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pihaknya akan menyiasat mesej tular kononnya seorang kakitangan Petronas Pengerang kematian 14 ahli keluarga akibat Covid-19.

Menurut maklumat yang tular menerusi media sosial WhatsApp dan Facebook, lelaki itu mendakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu hingga September ini.

Mesej tular tersebut menyatakan lelaki yang mempunyai lapan orang anak telah kehilangan isteri dan tiga anaknya pada Jun dan Julai lalu.

Pada 2 September, lima lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar juga dua anak mereka turut meninggal dunia akibat virus itu.

Mesej itu juga turut memaparkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan khairat kematian keluarganya itu.

UPDATE:

Pekerja kontraktor Petronas Pengerang yang ditahan selepas disyaki menyebarkan berita palsu kononnya kehilangan 14 ahli keluarga akibat Covid-19 didapati meraih sumbangan sejumlah RM91,000.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menahan suspek berumur 45 tahun itu semalam selepas lelaki itu hadir ke Balai Polis Bayu Damai.

Beliau berkata, suspek ditahan ketika hadir sendiri ke balai polis dipercayai ingin membuat laporan bagi melindungi dirinya.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek setakat ini dipercayai menerima sumbangan sebanyak RM91,000.

“Hasil maklumat dan siasatan mendapati suspek menyebarkan berita palsu bagi mendapatkan sumbangan derma sejak Jun lalu.

Sumber: Fdaus Ahmad , msianreader , Harian Metro &Ā Utusan